GoPayz - FAQ-BM

Soalan Lazim

Anda boleh mendaftar untuk Perkhidmatan GoPayz secara dalam talian dengan:

  1. memuat turun Aplikasi GoPayz terus daripada “App Store” atau “Google Play Store” secara percuma; atau
  2. layari Laman Web GoPayz di www.gopayz.com.my

Penduduk Malaysia adalah dialu-alukan untuk memohon Perkhidmatan GoPayz selagi mereka berumur 18 tahun dan ke atas.

Warga asing yang bekerja atau menetap di Malaysia boleh memohon Perkhidmatan GoPayz juga. Mereka dikehendaki untuk menyediakan butiran alamat kediaman di Malaysia.

Anda akan dikenakan bayaran berdasarkan jadual bayaran yang disediakan untuk soalan 3 di atas.

Pengeluaran tunai boleh dibuat menggunakan Kad fizikal GoPayz di ATM yang menerima Skim Kad seperti Visa, Mastercard atau UnionPay.

Sila ambil perhatian bahawa ATM tertentu boleh mengenakan fi tambahan selain daripada fi yang dinyatakan di atas.

Apa yang diperlukan hanyalah 2 langkah mudah untuk mendaftar ke Perkhidmatan GoPayz. Anda mesti pertama sekali mendaftar untuk Akaun Dompet Asas dengan melengkapkan langkah-langkah seperti yang berikut:

  1. masukkan maklumat peribadi anda yang diperlukan melalui Aplikasi GoPayz atau Laman Web GoPayz untuk mendaftar ke Perkhidmatan GoPayz; dan
  2. tambah nilai RM30.00 ke dalam Akaun GoPayz anda.

Sebaik sahaja Akaun Dompet Asas anda telah dibuat, anda boleh menaik taraf Akaun Dompet Asas anda kepada Akaun Dompet Premium dengan cara:

  1. memaklumkan kepada kami lebih banyak tentang anda dengan mengisi borang “Kenali Pelanggan Anda” (KYC); dan
  2. mengambil gambar atau memuat naik salinan imbasan MyKad anda / ID Polis/Tentera (untuk warganegara Malaysia) atau MyPR anda (untuk Penduduk tetap Malaysia) atau Pasport (untuk warga asing).

Anda tidak akan dikenakan bayaran untuk mendaftar ke Perkhidmatan GoPayz atau untuk Akaun GoPayz anda.

Untuk Akaun Dompet Premium, anda mempunyai pilihan untuk memohon Kad fizikal GoPayz dengan menghantar bayaran sebanyak RM16.00 di atas permohonan anda untuk Kad fizikal GoPayz tersebut.

Untuk makluman berkenaan semua bayaran dan caj lain yang terpakai terhadap Perkhidmatan GoPayz tersebut, sila rujuk kepada jadual fi dan caj di bawah atau lawati www.gopayz.com.my:

No Butiran Fi dan Caj Perlu dibayar apabila
1 Fi Pengeluaran Kad Bayaran sekali sahaja sebanyak RM16.00 akan dikenakan di atas permohonan Kad Fizikal GoPayz anda di bawah mana-mana skim kad seperti Visa, Mastercard atau UnionPay. Setiap kali permohonan untuk pegeluaran Kad fizikal GoPayz
2 Fi Perkhidmatan Akaun RM2.50 untuk setiap Akaun GoPayz setiap bulan (Bayaran tersebut akan dikenakan sekiranya anda gagal melakukan sekurang-kurangnya 1 transaksi perbelanjaan dalam satu bulan). Secara bulanan bermula dari tahun kedua daripada tarikh Akaun GoPayz anda diluluskan
3 Fi Pengeluaran Tunai melalui ATM

Fi pengeluaran ATM luar negara = RM10.00 setiap pengeluaran

Pengeluaran ATM tempatan = RM1.00 setiap pengeluaran

Untuk pengeluaran tanpa kad, fi yang dikenakan akan berlainan berdasarkan fi yang dikenakan oleh rakan kongsi/bank masing-masing.

Untuk setiap transaksi yang dilakukan
4 Fi Penggantian Kad

Fi penggantian kad = RM16.00 setiap kad

Hanya dikenakan kepada sesiapa yang memilih untuk pengeluaran Kad fizikal GoPayz, dan permohonan untuk penggantian kad dibuat oleh pelanggan akibat daripada kehilangan, kecurian atau kerosakan Kad fizikal GoPayz atau pendedahan maklumat Kad fizikal GoPayz tersebut kepada pihak ketiga.

Apabila kami menerima permintaan anda untuk menggantikan Kad fizikal GoPayz tersebut.
5 Fi Permohonan Penyata Penyata fizikal = RM5.00 untuk setiap salinan
E-Penyata = Percuma
Atas permintaan
6 Fi Permintaan / Dapatan Semula Draf Jualan RM15.00 untuk setiap draf jualan Atas permintaan
7 Fi Tambah Nilai Perbankan Dalam Talian (FPX) = Tiada Caj
Kad Debit/Kad Prabayar = Tiada Caj
Razer Cash @ 7-Eleven = RM2.00 untuk setiap transaksi Hanya dikenakan untuk pusat tambah nilai yang terlibat.
8 Fi Penukaran Transaksi Luar Negara Transaksi yang dibuat dalam mata wang asing akan ditukar ke Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran dan bayaran yang ditentukan oleh skim kad pada hari penukaran tersebut, termasuk yuran perkhidmatan sebanyak 1%. Untuk setiap transaksi
9 Fi Pengendalian Bayaran Balik
  1. Melalui IBG = RM1.10
  2. Melalui Pemindahan Telegrafik (TT) = RM21.00

Untuk penjelasan, bayaran balik berlaku apabila Akaun GoPayz anda ditamatkan, anda melakukan tambah nilai yang melebihi had Akaun GoPayz anda atau sesebuah transaksi dibatalkan.

Untuk setiap transaksi
10 Fi Pertanyaan Baki

RM1.00 untuk setiap transaksi di ATM Tempatan dan Luar Negara

Pertanyaan yang dibuat melalui Aplikasi GoPayz / Laman Web GoPayz adalah percuma.

Untuk setiap transaksi

Anda adalah dinasihatkan untuk memeriksa fi dan caj yang terpakai tersebut sebelum anda membuat apa-apa transaksi melalui Akaun GoPayz anda.

Bagaimana Boleh Kami Bantu Anda?

ENG

Anda boleh mendaftar untuk Perkhidmatan GoPayz secara dalam talian dengan:

  1. memuat turun Aplikasi GoPayz terus daripada “App Store” atau “Google Play Store” secara percuma; atau
  2. layari Laman Web GoPayz di www.gopayz.com.my

Apa yang diperlukan hanyalah 2 langkah mudah untuk mendaftar ke Perkhidmatan GoPayz. Anda mesti pertama sekali mendaftar untuk Akaun Dompet Asas dengan melengkapkan langkah-langkah seperti yang berikut:

  1. masukkan maklumat peribadi anda yang diperlukan melalui Aplikasi GoPayz atau Laman Web GoPayz untuk mendaftar ke Perkhidmatan GoPayz; dan
  2. tambah nilai RM30.00 ke dalam Akaun GoPayz anda.

Sebaik sahaja Akaun Dompet Asas anda telah dibuat, anda boleh menaik taraf Akaun Dompet Asas anda kepada Akaun Dompet Premium dengan cara:

  1. memaklumkan kepada kami lebih banyak tentang anda dengan mengisi borang “Kenali Pelanggan Anda” (KYC); dan
  2. mengambil gambar atau memuat naik salinan imbasan MyKad anda / ID Polis/Tentera (untuk warganegara Malaysia) atau MyPR anda (untuk Penduduk tetap Malaysia) atau Pasport (untuk warga asing).

Anda tidak akan dikenakan bayaran untuk mendaftar ke Perkhidmatan GoPayz atau untuk Akaun GoPayz anda.

Untuk Akaun Dompet Premium, anda mempunyai pilihan untuk memohon Kad fizikal GoPayz dengan menghantar bayaran sebanyak RM16.00 di atas permohonan anda untuk Kad fizikal GoPayz tersebut.

Untuk makluman berkenaan semua bayaran dan caj lain yang terpakai terhadap Perkhidmatan GoPayz tersebut, sila rujuk kepada jadual fi dan caj di bawah atau lawati www.gopayz.com.my:

No Butiran Fi dan Caj Perlu dibayar apabila
1 Fi Pengeluaran Kad Bayaran sekali sahaja sebanyak RM16.00 akan dikenakan di atas permohonan Kad Fizikal GoPayz anda di bawah mana-mana skim kad seperti Visa, Mastercard atau UnionPay. Setiap kali permohonan untuk pegeluaran Kad fizikal GoPayz
2 Fi Perkhidmatan Akaun RM2.50 untuk setiap Akaun GoPayz setiap bulan (Bayaran tersebut akan dikenakan sekiranya anda gagal melakukan sekurang-kurangnya 1 transaksi perbelanjaan dalam satu bulan). Secara bulanan bermula dari tahun kedua daripada tarikh Akaun GoPayz anda diluluskan
3 Fi Pengeluaran Tunai melalui ATM

Fi pengeluaran ATM luar negara = RM10.00 setiap pengeluaran

Pengeluaran ATM tempatan = RM1.00 setiap pengeluaran

Untuk pengeluaran tanpa kad, fi yang dikenakan akan berlainan berdasarkan fi yang dikenakan oleh rakan kongsi/bank masing-masing.

Untuk setiap transaksi yang dilakukan
4 Fi Penggantian Kad

Fi penggantian kad = RM16.00 setiap kad

Hanya dikenakan kepada sesiapa yang memilih untuk pengeluaran Kad fizikal GoPayz, dan permohonan untuk penggantian kad dibuat oleh pelanggan akibat daripada kehilangan, kecurian atau kerosakan Kad fizikal GoPayz atau pendedahan maklumat Kad fizikal GoPayz tersebut kepada pihak ketiga.

Apabila kami menerima permintaan anda untuk menggantikan Kad fizikal GoPayz tersebut.
5 Fi Permohonan Penyata Penyata fizikal = RM5.00 untuk setiap salinan
E-Penyata = Percuma
Atas permintaan
6 Fi Permintaan / Dapatan Semula Draf Jualan RM15.00 untuk setiap draf jualan Atas permintaan
7 Fi Tambah Nilai Perbankan Dalam Talian (FPX) = Tiada Caj
Kad Debit/Kad Prabayar = Tiada Caj
Razer Cash @ 7-Eleven = RM2.00 untuk setiap transaksi Hanya dikenakan untuk pusat tambah nilai yang terlibat.
8 Fi Penukaran Transaksi Luar Negara Transaksi yang dibuat dalam mata wang asing akan ditukar ke Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran dan bayaran yang ditentukan oleh skim kad pada hari penukaran tersebut, termasuk yuran perkhidmatan sebanyak 1%. Untuk setiap transaksi
9 Fi Pengendalian Bayaran Balik
  1. Melalui IBG = RM1.10
  2. Melalui Pemindahan Telegrafik (TT) = RM21.00

Untuk penjelasan, bayaran balik berlaku apabila Akaun GoPayz anda ditamatkan, anda melakukan tambah nilai yang melebihi had Akaun GoPayz anda atau sesebuah transaksi dibatalkan.

Untuk setiap transaksi
10 Fi Pertanyaan Baki

RM1.00 untuk setiap transaksi di ATM Tempatan dan Luar Negara

Pertanyaan yang dibuat melalui Aplikasi GoPayz / Laman Web GoPayz adalah percuma.

Untuk setiap transaksi

Anda adalah dinasihatkan untuk memeriksa fi dan caj yang terpakai tersebut sebelum anda membuat apa-apa transaksi melalui Akaun GoPayz anda.

Penduduk Malaysia adalah dialu-alukan untuk memohon Perkhidmatan GoPayz selagi mereka berumur 18 tahun dan ke atas.

Warga asing yang bekerja atau menetap di Malaysia boleh memohon Perkhidmatan GoPayz juga. Mereka dikehendaki untuk menyediakan butiran alamat kediaman di Malaysia.

Anda akan dikenakan bayaran berdasarkan jadual bayaran yang disediakan untuk soalan 3 di atas.

Pengeluaran tunai boleh dibuat menggunakan Kad fizikal GoPayz di ATM yang menerima Skim Kad seperti Visa, Mastercard atau UnionPay.

Sila ambil perhatian bahawa ATM tertentu boleh mengenakan fi tambahan selain daripada fi yang dinyatakan di atas.

Anda boleh yakin bahawa wang anda di dalam Akaun GoPayz adalah selamat. Sebagai pengeluar e-wang berlesen daripada Bank Negara Malaysia, kami berkewajipan untuk mendepositkan jumlah di dalam Akaun GoPayz anda di dalam akaun amanah dan mengekalkan jumlah rizab di dalam akaun amanah tersebut.

Anda dikehendaki untuk menggunakan kata laluan dan PIN yang mana hanya anda yang tahu untuk mengakses Akaun GoPayz anda dan untuk melakukan apa-apa transaksi melalui Akaun GoPayz anda:

Aktviti Jenis Kata Laluan Yang Dikehendaki
Akaun Log Masuk 8-20 kata laluan abjad angka (sensitif huruf)
Transaksi dalam Aplikasi 6-digit PIN (GoPIN)
Transaksi Kad Fizikal / ATM 6-digit PIN (PIN Kad)

Sebagai sebuah pengeluar e-wang berlesen daripada Bank Negara Malaysia, kami mesti mematuhi segala peraturan kewangan yang berkaitan kepada pegeluar e-wang sama seperti membuka sebuah akaun bank.

Kami memerlukan salinan dokumen identiti anda yang sah yang dikeluarkan oleh kerajaan (untuk menaiktaraf ke Akaun Dompet Digital Premium sahaja). Yakinlah imej tersebut hanya digunakan untuk tujuan pendaftaran anda sahaja dan mengikut notis privasi kami yang disediakan di www.gopayz.com.my.

Sila periksa jika anda memasukkan nombor telefon mudah alih anda dengan betul dan telefon anda mempunyai liputan rangkaian.

Anda boleh cuba meminta OTP yang baru dihantar ke nombor telefon mudah alih anda sekali lagi.

Sekiranya masih tiada maklum balas, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di +6018 388 3388 dan kami berbesar hati untuk membantu anda.

Sekiranya imej Kad Pengenalan/Pasport anda telah ditolak, kami akan menghantar emel dan notifikasi dalam aplikasi kepada anda melalui Aplikasi GoPayz anda menjelaskan sebab penolakan tersebut.

Sila periksa GoPayz anda, emel (peti masuk dan peti mel sampah) untuk notifikasi kami dan ikut langkah-langkah yang disediakan.

Kami mungkin mengambil masa selama 2 hari bekerja untuk mengesahkan dokumen-dokumen anda.

Anda boleh tambah nilai ke Akaun GoPayz anda melalui mana-mana satu saluran tambah nilai yang berikut:

Dalam Talian / Luar Talian Cara Langkah-langkah
Dalam Talian Kemudahan Perbankan atau FPX
  1. pilih pindahan bank dalam talian FPX di dalam Laman Web GoPayz;
  2. pilih bank pilihan anda;
  3. masukkan jumlah tambah nilai yang anda inginkan;
  4. anda akan disambungkan ke portal perbankan dalam talian bank anda; dan
  5. sempurnakan transaksi di portal perbankan dalam talian anda
Luar Talian Tambah nilai secara tunai di kedai-kedai 7 eleven
  1. pilih tambah nilai di pilihan 7 Eleven di Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz;
  2. masukkan jumlah tambah nilai yang anda inginkan;
  3. tekan teruskan;
  4. skrin akan memaparkan kod bar;
  5. tunjukkan kod bar tersebut kepada kaunter juruwang 7 Eleven dalam masa 48 jam selepas penerimaan. Jika anda tidak menunjukkan kod bar tersebut dalam masa 48 jam selepas penerimaan, anda perlu membuat permintaan baru daripada Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz untuk tambah nilai secara tunai di 7 Eleven; dan
  6. bayar jumlah tunai dalam resit tersebut kepada juruwang 7 Eleven dan simpan resit transaksi tersebut.

Sebaik sahaja kami menerima notifikasi daripada saluran tambah nilai masing-masing, Akaun GoPayz anda akan dikreditkan dengan sewajarnya.

Akaun Dompet Digital Asas

Saiz Akaun Dompet Digital Asas anda adalah RM2,999.00

Akaun Dompet Digital Premium

Saiz Akaun Dompet Digital Premium anda adalah RM5,000.00

Jumlah yang anda boleh tambah nilai bergantung kepada jenis Akaun GoPayz anda. Untuk Dompet Digital Asas, akaun anda hanya boleh menampung sehingga RM2,999.00 sementara untuk Dompet Digital Premium, akaun anda boleh menampung sehingga RM5,000.00 pada satu-satu masa.

Kesemua wang di dalam Akaun GoPayz anda akan disimpan di dalam Ringgit Malaysia.

Kad GoPayz anda boleh digunakan untuk membayar barangan dan perkhidmatan di mana-mana seluruh dunia dengan syarat bahawa peniaga tersebut menerima Visa, Mastercard, Kad UnionPay atau kad-kad daripada skim kad yang lain yang kami sertai seperti yang dimaklumkan oleh kami dari semasa ke semasa.

Nota:
Transaksi yang dibuat dalam mata wang asing akan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran dan bayaran yang ditentukan oleh skim kad pada hari penukaran tersebut, termasuk 1% caj pertukaran mata wang asing.

Caj kemungkinan akan dikenakan oleh penyedia perkhidmatan saluran tambah nilai, bergantung kepada saluran tambah nilai yang anda pilih.

Nota: Sila rujuk jadual fi dan caj kami seperti yang disediakan di dalam Soalan Lazim ini.

Kad Maya

Kad Maya akan dicipta secara automatik sebaik sahaja permohonan Perkhidmatan GoPayz anda diluluskan.

Anda boleh menggunakan Akaun GoPayz anda untuk membeli barangan dan perkhidmatan melalui;

  1. pembelian dalam aplikasi untuk membeli barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan di dalam Akaun GoPayz anda;
  2. pembelian dalam talian di mana akan diperlukan untuk menyediakan nombor Kad GoPayz anda, tarikh luput GoPayz dan kod keselamatan 3-digit yang disediakan di dalam Akaun GoPayz anda;
  3. Kod QR di premis perniagaan yang menerima pembayaran Skim Kad QR; dan
  4. terminal EDC tanpa sentuh jika peranti mudah alih anda adalah peranti berkebolehan NFC.

Kad Fizikal

Sebaik sahaja anda berjaya menaiktaraf kepada Akaun Dompet Digital Premium, anda mempunyai pilihan untuk memohon Kad fizikal GoPayz dengan kos sebanyak RM16.00. Anda boleh memilih Skim Kad untuk kad fizikal anda, i.e. Visa, Mastercard atau UnionPay.

Ianya akan mengambil masa sehingga 14 hari bekerja untuk kami menyediakan dan menghantar Kad fizikal GoPayz anda ke alamat bil anda.

Sebaik sahaja anda menerima Kad GoPayz baru anda, anda boleh mengaktifkan Kad GoPayz anda melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz dengan mengikuti langkah-langkah yang tersenarai di bawah,

  1. pergi ke ‘Dompet’ dan ‘Tunjuk Semua Kad Saya’;
  2. pilih Kad yang ingin diaktifkan dan tekan ‘Aktifkan Kad Fizikal’;
  3. anda perlu memasukkan tarikh luput kad baru anda dan kod keselamatan 3-digit di bahagian belakang Kad GoPayz anda untuk mengaktifkan Kad anda; kemudian
  4. tetapkan PIN Kad anda untuk memulakan transaksi menggunakan kad fizikal anda.

Sekiranya anda melakukan tambah nilai anda secara dalam talian, ianya boleh berlaku disebabkan oleh sebab-sebab yang berikut:

  1. kemasukan butiran akaun / nombor Kad GoPayz yang salah;
  2. jumlah melebihi had transaksi akaun bank;
  3. jumlah tambah nilai melebihi had dompet Akaun GoPayz anda; dan
  4. penyelengaraan sistem sama ada daripada bank atau pembekal perkhidmatan kami

Wang anda selamat kerana semua pemindahan elektronik dikesan. Sekiranya dana ditolak daripada akaun bank anda tetapi tidak ditunjuk di dalam Akaun GoPayz anda, kami akan menyediakan bantuan yang diperlukan untuk memastikan anda mendapat semula wang tersebut di dalam akaun anda secepat mungkin.

Nota: Sila ambil perhatian bahawa ianya mungkin akan mengambil masa sehingga 1-2 hari bekerja atau lebih untuk wang tersebut dikreditkan ke Akaun GoPayz anda kerana masa mendebit adalah berbeza begantung kepada saluran tambah nilai yang anda guna disebabkan oleh pelbagai sebab termasuk ketiadaan data/sambungan.

Tiada had bilangan pada kad pembayaran lain yang anda boleh tambah ke dalam Akaun GoPayz anda. Untuk menambah kad pembayaran lain, pergi ke ‘Dompet’ > tekan ‘Tunjukkan Semua Kad Saya’ > pilih ‘Tambah Kad’ > ‘Kad Pembayaran Lain’ kemudian isikan butiran-butiran kad anda.

Penggunaan kad pembayaran lain tersebut adalah tertakluk kepada terma-terma kad pembayaran lain masing-masing yang dikenakan oleh pengeluar kad anda.

Sekiranya anda ingin mengeluarkan kad, hanya pergi ke ‘Dompet’ > tekan ‘Tunjukkan Semua Kad Saya’ > pilih ‘Kad Pembayaran Lain’ dan tekan pada kad yang anda ingin keluarkan dan tekan ‘Buang’.

Anda boleh membuat transaksi pembayaran yang disediakan di GoPayz melalui Akaun GoPayz anda menggunakan kad pembayaran lain anda sendiri.

Anda dinasihatkan untuk merujuk ke huraian perkhidmatan di GoPayz untuk kelayakan menggunakan kad anda sendiri / kad pembayaran lain untuk membuat transaksi pembayaran.

Tidak, tiada caj tambahan yang akan dikenakan untuk transaksi di GoPayz yang dibuat menggunakan kad pembayaran lain anda.

Sila pastikan bahawa:

  1. kedua-dua Akaun GoPayz anda dan Akaun GoPayz penerima berada dalam status “Aktif”. Aktif bermaksud anda boleh membuat transaksi melalui Akaun GoPayz anda;
  2. terdapat dana yang mencukupi di dalam Akaun GoPayz anda untuk dipindahkan; dan
  3. baki Akaun GoPayz penerima tidak melebihi Had Dompet Digital RM5,000.00 selepas menerima dana yang anda pindahkan.

Anda boleh memindah wang ke dalam akaun bank anda sendiri menerusi Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz. Kami akan proses permintaan anda.

Nota: Sila diingatkan bahawa pusingan masa untuk menerima dana tersebut akan berbeza bergantung kepada jenis pemindahan dan proses permohonan.

Ya, buat masa sekarang had pemindahan P2P adalah RM3,000.00 untuk setiap transaksi. Had tersebut boleh diubah dari masa ke masa.

Anda hanya boleh melakukan pemindahan P2P dengan nilai RM3,000.00 untuk setiap transaksi tertakluk kepada ketersediaan dana di dalam Akaun GoPayz anda.

Anda boleh mengguna Kad GoPayz anda di mana-mana kedai runcit atau kedai dalam talian yang menerima Visa, Mastercard dan UnionPay atau sebarang skim kad lain yang akan diumumkan oleh kami dari masa ke masa.

Tidak, anda boleh menggunakan kad anda di luar negara pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada kami. Walaubagaimanapun, sila pastikan anda membolehkan Transaksi Luar Negara menerusi Pilihan Penggunaan Kad melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz dengan mengikuti langkah-langkah yang disenaraikan di bawah:

  1. pergi ke ‘Dompet’ dan tekan ‘Tunjukkan Semua Kad Saya’, pilih kad yang ingin diaktifkan;
  2. pilih Kad yang anda ingin membolehkan fungsinya;
  3. tekan pada Pilihan Penggunaan Kad; dan
  4. tekan pada fungsi-fungsi yang anda ingin aktifkan.

PIN tersebut digunakan setiap kali anda melakukan sesuatu transaksi. Terdapat 2 PIN yang berbeza untuk menampung jenis transaksi yang berlainan seperti yang disenaraikan di bawah:

Jenis PIN Tujuan
GoPIN

Untuk mengesahkan transaksi yang anda lakukan melalui peranti mudah alih untuk transaksi di bawah:

  1. Pembayaran QR;
  2. pembayaran tanpa sentuh melalui peranti mudah alih yang mempunyai fungsi NFC; atau
  3. mengesahkan pembelian daripada Aplikasi GoPayz atau Laman Web GoPayz
PIN Kad

Terikat pada Kad fizikal GoPayz anda untuk mengesahkan transaksi cip dan PIN untuk transaksi melalui Peranti Kad Peniaga (MPOS / terminal EDC POS)

Anda dinasihatkan untuk menetapkan PIN yang berbeza untuk GoPIN dan PIN Kad.

Anda boleh menetapkan 6-digit GoPIN anda apabila anda mengaktifkan Akaun GoPayz anda.

Untuk PIN Kad pula, anda boleh menetapkan melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz sebaik sahaja menerima Kad fizikal GoPayz anda.

Anda boleh menukar PIN anda pada bila-bila masa melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz.

  1. GoPIN: pergi ke ‘Profil’ > pilih ‘Tukar GoPIN’
  2. PIN Kad: pergi ke ‘Dompet’ > tekan pada ‘Tunjukkan Semua Kad Saya’ > pilih ‘Tetapkan/Tukar PIN Kad’

Sekiranya anda memasukkan PIN yang salah 3 kali berturut-turut, PIN tersebut akan dilumpuhkan dan tiada transaksi lanjut akan dibenarkan dengan menggunakan Kad GoPayz tersebut. Anda boleh tetapkan semula PIN Kad anda daripada Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz seperti yang disediakan di bawah solan 5 di atas.

Anda boleh menguruskan penggunaan kad anda daripada Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz.

Pergi ke Dompet > Kad Saya > Tunjukkan Semua Kad Saya > Pilih penggunaan Kad GoPayz yang tertentu yang anda ingin uruskan > Perkhidmatan Kad

Anda boleh sunting parameter Kad GoPayz tersebut untuk:

  1. Tetapkan Kad Sebagai Kad Utama
  2. Tetapkan Pembayaran QR Utama
  3. Sekat Kad ini
  4. Mohon Kad Fizikal
  5. Pilihan Penggunaan Kad
    1. Transaksi Tanpa Card (CNP)
    2. Transaksi Luar Negara
    3. Transaksi Tanpa Sentuh

Sebaik sahaja parameter tersebut ditetapkan, transaksi pembayaran anda akan tertakluk kepada parameter yang ditetapkan. Anda boleh mengubah parameter tersebut dari masa ke masa.

Sekiranya ATM tersebut tidak mengeluarkan sebarang wang tetapi jumlah tersebut telah ditolak daripada Akaun GoPayz anda, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di +6018 388 3388.

Adalah sangat membantu jika anda boleh mengambil gambar resit dan ATM tersebut (nama ATM Bank dan nombor mesin) dan masukkan gambar-gambar tersebut di dalam penyerahan laporan / permintaan anda kepada Khidmat Pelanggan kami untuk tindakan lanjut kami.

Sila simpan resit asal (jika ada) kerana ini akan membantu kami dalam penyiasatan kami.

Beberapa sebab yang biasa pengeluaran wang tunai ditolak adalah:

  1. dana yang tidak mencukupi di dalam Akaun GoPayz anda;
  2. penggunaan PIN yang salah;
  3. anda telah buat sementara waktu menyekat Kad GoPayz anda melalui Aplikasi GoPayz atau Laman Web GoPayz;
  4. status Kad GoPayz anda adalah tidak aktif;
  5. ATM yang anda gunakan tidak menerima Kad GoPayz; atau
  6. anda telah melebihi had transaksi anda untuk hari atau bulan tersebut.

Beberapa sebab biasa pembayaran kad ditolak adalah:

  1. dana yang tidak mencukupi di dalam Akaun GoPayz anda;
  2. penggunaan PIN yang salah;
  3. anda telah buat sementara waktu menyekat Kad GoPayz anda melalui Aplikasi GoPayz atau Laman Web GoPayz;
  4. status Kad GoPayz anda adalah tidak aktif;
  5. Terminal EDC Peniaga yang anda guna tidak menerima Kad GoPayz anda; atau
  6. anda telah melebihi had transaksi anda untuk hari atau bulan tersebut.

Setiap transaksi pembayaran hanya akan disahkan satu kali. Ini boleh terjadi apabila:

  1. jumlah transaksi dicaj ke Kad GoPayz anda tetapi peniaga tersebut tidak menerima maklum balas kelulusan daripada GoPayz; dan
  2. peniaga tersebut terus melakukan permintaan transaksi pembayaran kedua.

Anda boleh menghantar permintaan pertikaian melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz. Kami akan menjalankan siasatan yang diperlukan berdasarkan permintaan anda.

Sekiranya kami mendapati transaksi tersebut telah diduplikasikan:

  1. kami akan meminta bayaran balik daripada peniaga yang melakukan transaksi tersebut; dan
  2. jumlah bayaran balik akan dikreditkan semula ke Akaun GoPayz anda selepas kami menerima resit bayaran balik daripada peniaga.

Ya, anda boleh. Sila pastikan bahawa Akaun GoPayz anda mempunyai dana yang mencukupi untuk ditolak pada masa transaksi debit automatik tersebut. Sila ambil perhatian bahawa tarikh/masa transaksi akan berbeza kerana ianya dimulakan oleh peniaga.

Sekiranya anda tidak menerima barang dagangan yang anda beli dalam talian, anda boleh menghantar permintaan pertikaian menyatakan sebab pertikaian tersebut dan lampirkan semua dokumen yang relevan termasuk resit pembelian anda. Kami akan menjalankan siasatan yang diperlukan dan maklumkan kepada anda hasil siasatan kami.

Ini adalah proses pra-kebenaran yang biasa untuk semua kad kredit/debit termasuk Kad GoPayz, apabila anda membayar menerusi mana-mana kiosk layan diri di sesebuah stesen minyak. Anda akan melihat caj sementara RM200 atau lain-lain amaun yang dikenakan oleh syarikat petrol tersebut untuk menampung jumlah petrol yang boleh diisi di dalam kenderaan anda.

Ini adalah pegangan pra-kebenaran dan ianya hanya berlaku apabila pemegang kad membayar petrol di kiosk layan diri. Ianya digunakan untuk mengesahkan bahawa kad tersebut aktif dan mempunyai kredit yang mencukupi sebelum transaksi tersebut dilakukan.

Walaubagaimanapun, amaun pra-kebenaran ini tidak akan dicaj atau didebitkan ke dalam Akaun GoPayz anda. Baki yang ada di dalam Akaun GoPayz anda akan dikurangkan sementara waktu sepadan dengan amaun pra-kebenaran ini sehingga anda selesai mengisi minyak.

Sebaik sahaja anda selesai mengisi minyak dan pada masa ini, jumlah sebenar yang patut dibayar untuk petrol yang dikeluarkan akan didebitkan ke Akaun GoPayz anda dan amaun pra-kebenaran yang ditanggung pada awalnya akan dipadamkan.

Untuk mengelakkan daripada pegangan pra-kebenaran di kiosk petrol layan diri, anda hanya perlu membayar di kaunter juruwang, di mana jumlah pembelian sebenar akan ditolak daripada Akaun GoPayz anda.

Anda dikehendaki mengekalkan baki minimum sebanyak RM10 atau sebarang baki minimum yang akan ditentukan oleh kami (“Baki Minimum”), di dalam Akaun GoPayz anda pada setiap masa.

Baki Minimum ini:

  1. akan dibayar balik kepada anda setelah Akaun GoPayz anda ditutup tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian Perkhidmatan GoPayz; dan
  2. akan disimpan dalam Akaun GoPayz anda untuk membolehkan kami untuk menolak mana-mana perubahan yang disebabkan oleh turun naik pertukaran mata wang asing daripada transaksi luar negara (termasuk pembelian atas talian daripada peniaga luar negara) atau apa-apa fi yang dikenakan oleh kami di bawah Perjanjian GoPayz Perkhidmatan.

3D-Secure adalah perkhidmatan selamat yang disediakan oleh Visa, Mastercard atau UnionPay yang membenarkan anda untuk melakukan transaksi dalam talian dengan selamat menggunakan Kad GoPayz anda. Perkhidmatan ini hanya terdapat di laman peniaga yang mengambil bahagian dalam 3D-Secure.


Verified oleh Visa (VbV)/ Mastercard SecureCode (MSC)/ UnionPay Online Payments (UPOP) melindungi Visa/Mastercard/UnionPay anda sekarang dengan satu OTP dihantar ke nombor telefon anda yang berdaftar dengan Akaun GoPayz, memberi anda jaminan bahawa anda dan hanya anda yang boleh menggunakan Visa/Mastercard/UnionPay anda untuk pembayaran elektronik. Perlindungan tambahan VbV/MSC/UPOP tersedia sebaik sahaja nombor telefon anda berjaya didaftarkan di bawah Akaun GoPayz.


Tidak. Perkhidmatan 3D-Secure OTP disediakan secara percuma.

Tidak. Anda tidak perlu mendaftar untuk perkhidmatan ini kerana ianya disediakan kepada semua pelanggan yang telah mendaftarkan nombor telefon mereka di bawah Akaun GoPayz.

Ianya bergantung kepada peniaga (sesetengah peniaga mungkin meminta lebih banyak / lebih kurang maklumat) tetapi secara umumnya maklumat yang diperlukan akan termasuk yang berikut:

  1. nombor Kad GoPayz;
  2. tarikh luput Kad GoPayz;
  3. kod keselamatan 3-digit (3 digit tersebut dinyatakan di bahagian belakang Kad GoPayz anda); dan
  4. nama pemegang Kad GoPayz.

Sebaik sahaja anda telah memasukkan maklumat di atas, anda akan disambungkan ke halaman 3D di mana OTP akan dihantar ke nombor telefon berdaftar anda.

Anda kemudian perlu memasukkan 3D-Secure OTP yang anda terima dengan betul untuk melengkapkan transaksi tersebut.

Pembayaran tanpa sentuh adalah cara pembayaran yang pantas dan selamat untuk pengguna-pengguna membeli produk atau perkhidmatan.

Anda hanya perlu menyentuh Kad GoPayz anda atau menggunakan peranti mudah alih anda dengan fungsi “Near Field Communication” (NFC) pada terminal pembayaran kad untuk melakukan transaksi.

Walaubagaimanapun, selepas melebihi tahap yang dibenarkan untuk transaksi tanpa sentuh dengan peniaga yang sama dalam satu hari, anda mungkin perlu memasukkan PIN Kad anda untuk tujuan pengesahan.

Tahap yang dibenarkan untuk transaksi tanpa sentuh tersebut adalah RM250.00 seperti yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia. Sila lihat soalan 4 di bawah untuk lebih maklumat berkenaan tahap yang dibenarkan

Terminal tersebut akan mencetak sekeping resit sebagai bukti pembayaran. Sila simpan resit tersebut.

Anda juga boleh rujuk butiran transaksi di dalam Akaun GoPayz anda melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz.

Tidak. Jumlah belian mesti dimasukkan di terminal tersebut untuk pembayaran tanpa sentuh berjaya. Tambahan dari itu, terminal tersebut hanya boleh memproses 1 transaksi pembayaran pada satu masa. Walaubagaimanapun, sekiranya atas apa jua sebab, anda dicaj dua kali untuk pembelian yang sama, sila hantar permintaan pertikaian anda ke Khidmat Pelanggan kami di +6018 388 3388 dan kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memulihkan jumlah tersebut kepada anda.

Pembayaran tanpa sentuh dihadkan kepada maksimum RM250.00 untuk setiap transaksi tanpa perlu memasukkan PIN.

Sebarang transaksi yang melebihi RM250.00 dengan peniaga yang sama memerlukan anda untuk memasukkan PIN Kad anda atau lakukan melalui kaedah hubungan di mana Cip dan PIN akan diperlukan untuk pengesahan.

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. muat turun Borang Permintaan Perkhidmatan yang disediakan di Laman Web GoPayz di bawah Menu, tab ‘Perkhidmatan-Perkhidmatan Lain’;
  2. lengkapkan Borang Permintaan Perkhidmatan dan hantar borang yang telah dilengkapkan tersebut ke Khidmat Pelanggan kami melalui emel; dan
  3. setelah menerima permintaan anda, kami akan melakukan penutupan akaun dan memulangkan semula sebarang baki yang terdapat di dalam Akaun GoPayz anda (selepas menolak semua jumlah yang terhutang kepada kami) ke akaun anda yang dijaga oleh bank berlesen di Malaysia.

Anda dinasihatkan agar Akaun GoPayz anda sentiasa aktif dengan melakukan minimum 1 transaksi setiap bulan. Sekiranya anda tidak melakukan apa-apa transaksi, Akaun GoPayz anda boleh kekal aktif selagi kami boleh menolak bayaran perkhidmatan bulanan kami daripada Akaun GoPayz anda.

Sekiranya kami tidak boleh menolak bayaran perkhidmatan bulanan tersebut daripada Akaun GoPayz anda, Akaun GoPayz anda akan ditamatkan selepas 180 hari daripada tarikh kami gagal menolak bayaran perkhidmatan bulanan tersebut.

Ya, anda boleh memohon semula Akaun GoPayz yang baru selepas Akaun GoPayz lama anda ditamatkan.

Anda boleh mengubah nama pengguna, nombor telefon, lamat emel dan butiran alamat kediaman anda secara langsung melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz dengan cara tekan ‘Profil’ > pilih ‘Profil Pengguna’ untuk membuat perubahan anda.

Kadar pertukaran yang terpakai untuk transaksi anda akan berdasarkan kepada kadar forex semasa Visa/Mastercard/UnionPay masing-masing. Jumlah transaksi anda akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia di atas kadar forex tersebut yang mana akan disediakan di laman web Visa/Mastercard/UnionPay.

Anda juga akan dicaj sebanyak 1% caj penukaran mata wang asing berdasarkan bayaran transaksi anda.

Sekiranya anda kehilangan Kad fizikal GoPayz anda atau mengesyaki bahawa ianya dicuri, sila sekat kad anda secepat mungkin menerusi Akaun GoPayz anda melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz atau hubungi Khidmat Pelanggan kami di +6018 388 3388 untuk bantuan.

Anda boleh meminta penggantian kad untuk Kad fizikal GoPayz anda. Kami akan mengenakan bayaran sebanyak RM 16.00 untuk menggantikan Kad fizikal GoPayz anda. Bayaran yang dikenakan akan ditolak daripada Akaun GoPayz anda sebelum kami memproses permintaan anda untuk penggantian kad fizikal.

Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan berkenaan GoPayz, anda boleh hubungi kami melalui:

Emel customercare@gopayz.com.my
Telefon +6018 388 3388 (24 jam setiap hari)
Versi: 25 October 2019

Can’t find what you’re looking for?

Drop us a line at +6018 388 3388
or email customercare@gopayz.com.my