Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Sila baca Lembaran Pendedahan Produk ini sebelum anda memutuskan untuk mengambil mana-mana Akaun atau Kad GoPayz (“Perkhidmatan GoPayz”). Sila pastikan juga anda membaca Perjanjian Perkhidmatan GoPayz.
Kad maya atau fizikal GoPayz, yang merupakan Kad patuh Chip dan PIN EMV, (“Kad”) adalah instrumen pembayaran tanpa tunai yang membenarkan anda untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan di semua peniaga domestik dan antarabangsa yang menerima cara pembayaran “UnionPay” (“UPI”), VISA, Mastercard dan sebarang skim kad atau operasi pembayaran lain yang kami sertai dari semasa ke semasa. Ianya juga boleh digunakan untuk pengeluaran wang tunai di mana-mana Mesin Juruwang Automatik (“ATM”) yang memaparkan lambang UPI/VISA/Mastercard. Kad ini berfungsi bersama dengan aplikasi mudah alih GoPayz (“Aplikasi GoPayz”) atau laman web GoPayz (“Laman GoPayz”) (secara kolektifnya dikenali sebagai “Aplikasi/Laman GoPayz”). Kad ini juga mempunyai fungsi yang membolehkan anda membayar barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan dengan meletakkan atau melambai Kad ini di terminal/pembaca tanpa sentuh (“Transaksi Tanpa Sentuh”). Transaksi Tanpa Sentuh yang tidak melebihi RM250 tidak memerlukan nombor pin Kad GoPayz (“PIN”).
Anda dikehendaki untuk menambah nilai Kad ini sebelum membuat pembelian. Anda hanya boleh menggunakan Kad ini mengikut dana sedia ada yang telah dimasukkan terlebih dahulu ke dalam Kad. Ia membolehkan anda menghantar dan menerima wang, menjalankan pembelian dalam talian dan pembelian dalam kedai, membayar bil-bil, menambah nilai kredit prabayar mudah alih, membeli insurans, membuat kiriman wang dan banyak lagi.
Anda akan bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi tanpa kebenaran. Anda sebagai pemegang Kad akan bertanggungjawab terhadap apa jua caj yang timbul daripada semua transaksi, sama ada yang dibenarkan atau tidak. Sekiranya anda gagal mematuhi terma-terma dan syarat-syarat Kad tersebut, kami mempunyai hak untuk menamatkan Perkhidmatan GoPayz anda. Kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat daripada kecuaian anda.
Kad fizikal anda dicuri atau hilang atau butiran log masuk ke Akaun GoPayz anda dikompromi. Anda akan tetap bertanggungjawab terhadap segala kerosakan, kehilangan, Kad tidak berfungsi atau kecurian Kad atau dana-dana untuk sebarang transaksi fraud, termasuk tambah nilai e-wang yang tidak sah akibat dari kecurian atau kehilangan Kad atau butiran log masuk ke Akaun GoPayz anda dikompromi. Anda hendaklah memaklumkan kepada kami secepat mungkin selepas menyedari bahawa Kad anda dicuri atau hilang atau butiran log masuk anda dikompromi.
Butiran | Fi dan Caj* | |
---|---|---|
Fi Pengeluaran Kad | RM16.00 untuk setiap kad (hanya dikenakan untuk pelanggan-pelanggan yang memilih untuk pengeluaran kad fizikal) | |
Fi Tambah Nilai (hanya terpakai untuk pusat tambah nilai yang terlibat) |
Perbankan Dalam Talian (FPX) | Tiada caj |
Kad Pembayaran Lain | Tiada caj | |
Razer Cash @ 7-Eleven | RM2.00 untuk setiap transaksi | |
Fi Pengeluaran Tunai (melalui UPI/VISA/Mastercard) |
ATM Tempatan | RM1.00 untuk setiap transaksi |
ATM Luar Negara | RM10.00 untuk setiap transaksi | |
Fi Permohonan Penyata | Penyata Fizikal | RM5.00 untuk setiap salinan |
E-Penyata | Percuma | |
Fi Pertanyaan Baki | RM1.00 untuk setiap transaksi di ATM tempatan dan Luar Negara (pertanyaan yang dibuat melalui Aplikasi/Laman GoPayz adalah percuma) | |
Fi Permintaan/Dapatan Semula Draf Jualan | RM15.00 untuk setiap draf jualan | |
Fi Penukaran Transaksi Luar Negara dan Saudagar Asing | Semua Transaksi Luar Negara dan Transaksi dengan Saudagar Asing (termasuk transaksi dalam talian) akan ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar penukaran semasa pada hari penukaran tersebut dan caj yang ditentukan oleh Skim Kad serta fi perkhidmatan sebanyak 1% | |
Fi Penggantian Kad | RM16.00 untuk setiap kad fizikal yang dikeluarkan (hanya terpakai kepada sesiapa yang memilih pengeluaran Kad fizikal GoPayz, dan permohonan gantian kad tersebut dimulakan oleh pelanggan akibat hilang, dicuri atau Kad fizikal GoPayz rosak atau pendedahan maklumat Kad fizikal GoPayz kepada pihak ketiga) |
|
Fi Pengendalian Bayaran Balik | Melalui IBG | RM1.10 |
Melalui Pemindahan Telegrafik (TT) | RM21.00 |
*Semua fi dan caj adalah tertakluk kepada Cukai Jualan dan Perkhidmatan Kerajaan, jika berkenaan.
Sekiranya Kad fizikal anda hilang atau dicuri, anda boleh dengan secepat mungkin log masuk ke Aplikasi/Laman GoPayz dan pilih “Sekat Kad Ini” untuk menyekat kad tersebut. Secara alternatifnya, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan kami di +6018-388 3388 sekiranya anda perlukan bantuan lanjut.
Adalah menjadi kewajipan anda sebagai pemegang kad untuk maklumkan kepada kami sebarang perubahan di dalam butiran peribadi/butiran perhubungan anda untuk memastikan bahawa semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masa. Anda boleh mengubah beberapa maklumat asas melalui Aplikasi/Laman GoPayz. Secara alternatif, sila muat turun dan isi Borang Permohonan Perkhidmatan yang disediakan n di dalam Laman Web GoPayz dan hantar Borang Permohonan Perkhidmatan anda kepada kami di customercare@gopayz.com.my.
Perkhidmatan Pelanggan: +6018-388 3388; atau
Emel: customercare@gopayz.com.my; atau
Laman web: www.gopayz.com.my
Pusat Perkhidmatan Pelanggan (BNMLINK) | Pusat Perhubungan (BNMTELELINK) | Ombudsman untuk Perkhidmatan Kewangan |
---|---|---|
Ground Floor, D Block, Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur Waktu Operasi: 9am - 5pm (Isnin - Jumaat) |
Bank Negara Malaysia Emel: bnmtelelink@bnm.gov.my SMS: 15888 |
Level 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia No 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: +603-2272 2811 Emel: enquiry@ofs.org.my Waktu Operasi: 8:30am - 5:30pm (Isnin - Jumaat) |
NOTA PENTING:
Di dalam keadaan terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
Maklumat yang terkandung di dalam lembaran pendedahan ini sah daripada Oktober 2023 sehingga notis lanjut.
Klik sini untuk melihat Lembaran Pendedahan Produk (berkuat kuasa pada 1 Januari 2025)
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}