Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Perjanjian ini mengandungi terma dan syarat bagi Perkhidmatan GoPayz yang kami sediakan untuk anda dan akan membentuk perjanjian antara anda dan kami. Dengan penyerahan Borang Permohonan atau penggunaan Perkhidmatan GoPayz, anda dianggap telah menerima dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini.
1. DEFINISI
Dalam Perjanjian ini, apabila kami menyebut:
“Akaun Dompet Digital” | bermaksud Akaun Dompet Digital Asas atau Akaun Dompet Digital Premium yang diuruskan oleh kami dan yang menyimpan rekod anda, termasuk apa-apa Dompet Tambahan; |
“Akaun Dompet Digital Asas” | bermaksud akaun dompet elektronik dengan ciri-ciri seperti yang diterangkan dalam Klausa 4.2; |
“Akaun Dompet Digital Premium” | bermaksud akaun dompet elektronik dengan ciri-ciri yang diterangkan dalam Klausa 4.3; |
“Akaun Dorman” | bermaksud Akaun Dompet Digital yang tidak mempunyai apa-apa Transaksi untuk tempoh enam puluh (60) hari atau mana-mana tempoh lain seperti yang boleh kami maklumkan dari semasa ke semasa; |
“AMLA” | bermaksud Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; |
“Anda” atau “pemegang kad” | bermaksud anda dan mana-mana Pemegang Kad Tambahan; |
“Aplikasi GoPayz” | bermaksud aplikasi perisian kami yang dimuat turun dalam Peranti Mudah Alih untuk menggunakan Perkhidmatan GoPayz; |
“ATM” | bermaksud mesin teler automatik termasuk mesin deposit tunai yang memaparkan logo Skim Kad; |
“Baki Akaun Dompet” | bermaksud baki dana dalam Akaun Dompet Digital termasuk dana dalam mana-mana Dompet Tambahan; |
“Baki Minimum” | bermaksud amaun minimum yang boleh kami tentukan dari semasa ke semasa, untuk dikekalkan dalam Akaun Dompet pada setiap masa. Untuk kejelasan, amaun Baki Minimum yang kami kenakan ialah RM0.00 melainkan dimaklumkan sebaliknya; |
“BNM” | bermaksud Bank Negara Malaysia yang telah ditubuhkan pada 26 Januari 1959, di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009; |
“Borang Permohonan” | bermaksud borang dalam talian yang diisi oleh anda dengan lengkap untuk memohon Perkhidmatan GoPayz melalui Aplikasi GoPayz, Laman Web GoPayz atau Saluran Yang Ditetapkan; |
“Cukai” | bermaksud untuk masa kini atau akan datang: (a) cukai, levi, impos, duti, fi, potongan, cukai pegangan, cukai barangan dan perkhidmatan, cukai jualan, cukai perkhidmatan atau cukai nilai tambah; atau (b) cukai pendapatan, duti setem atau caj transaksi, yang dinilai, dilevi, dikenakan atau dikumpulkan oleh mana-mana agensi kerajaan pada bila-bila masa dan termasuk apa-apa faedah, denda, penalti, caj, fi atau amaun lain yang dikenakan atau berkenaan mana-mana perkara di atas; |
“DCC” | bermaksud penukaran mata wang dinamik, iaitu satu perkhidmatan yang ditawarkan di ATM dan laman web luar negara yang terpilih, ataupun oleh saudagar tertentu; |
“Dompet Tambahan” | bermaksud dompet tambahan yang ditempel kepada Akaun Dompet Digital apabila anda menamakan Pemegang Kad Tambahan dan apa-apa transaksi yang dibuat oleh Pemegang Kad Tambahan akan direkodkan dalam dompet tambahan tersebut; |
“E-Dagang” | bermaksud Transaksi yang dijalankan dalam persekitaran bukan bersemuka, contohnya pesanan tanpa kad, dalam talian, mel, atau melalui telefon; |
“Fi” | bermaksud fi yang perlu dibayar untuk Perkhidmatan GoPayz seperti yang dinyatakan dalam Klausa 10 Perjanjian ini dan Lembaran Pendedahan Produk; |
“Ganjaran” | bermaksud apa-apa ganjaran yang kami sediakan termasuk GoPointz, rebat masa siaran telekomunikasi, tawaran, item atau perkhidmatan yang ditentukan oleh kami dari semasa ke semasa; |
“GoPIN” | bermaksud nombor pengenalan peribadi mudah alih enam digit yang dicipta oleh anda untuk penggunaan Akaun Dompet Digital anda; |
“GoPointz” | bermaksud mata ganjaran GoPayz yang anda layak terima untuk Transaksi terpilih yang berjaya seperti yang kami tentukan dari semasa ke semasa mengikut program ganjaran GoPayz; |
“Had Dompet” | bermaksud amaun wang maksimum yang boleh disimpan dalam Akaun Dompet Digital (termasuk wang dalam Dompet Tambahan) pada bila-bila masa seperti yang diluluskan oleh BNM; |
“Hari Bekerja” | bermaksud mana-mana hari yang bukan hari Sabtu, Ahad atau hari cuti umum di Kuala Lumpur, Malaysia; |
“Kad” | bermaksud kad prabayar maya yang secara automatik menjadi sebahagian daripada Perkhidmatan GoPayz dan sekiranya dimohon, merangkumi kad prabayar fizikal yang dikeluarkan menurut Perjanjian ini termasuk Kad Tambahan dan apa-apa kad prabayar jenama bersama yang dikeluarkan dengan kerjasama mana-mana pihak ketiga atau di bawah mana-mana produk atau nama pilihan atau rujukan; |
“Kad Pembayaran Lain” | bermaksud kad yang sah seperti kad kredit, debit, prabayar, caj atau maya atau apa-apa instrumen bayaran lain yang bukan dikeluarkan oleh kami dan yang memaparkan simbol dan tanda program berserta lambang, slogan, lencana dan hak cipta lain seperti yang digunakan oleh Skim Kad; |
“Kami” | bermaksud U Mobile Services Sdn Bhd, Nombor Pendaftaran 200401034375 (672884-H); |
“KYC” | bermaksud proses “Kenali Pelanggan Anda” untuk mengesahkan identiti pelanggan termasuk pengesahan melalui cara elektronik seperti yang dikehendaki di bawah Undang-undang; |
“Laman Web GoPayz” | bermaksud laman web kami di www.gopayz.com.my yang disediakan untuk penggunaan Perkhidmatan GoPayz; |
“Lembaran Pendedahan Produk” | bermaksud maklumat yang memperincikan ciri-ciri Perkhidmatan GoPayz, fi dan caj yang terpakai yang disiarkan dalam Laman Web GoPayz dan Aplikasi GoPayz; |
“NFC” | bermaksud komunikasi medan berhampiran; |
“Notis Privasi” | bermaksud Notis Privasi kami yang boleh didapati dalam Aplikasi GoPayz dan Laman Web GoPayz; |
“OTP” | bermaksud kata laluan sekali guna yang kami hantar kepada anda apabila anda memohon Perkhidmatan GoPayz; |
“Pemegang Kad Tambahan” | bermaksud orang yang anda namakan sebagai Pemegang Kad Tambahan mengikut Klausa 5.1 dan kami keluarkan kad untuknya; |
“Pemindahan P2P” | bermaksud pemindahan perangkai padan “peer to peer” (P2P), suatu, teknologi dalam talian yang membolehkan pemindahan dana daripada Akaun Dompet Digital Premium anda ke Akaun Dompet Digital Premium lain yang berdaftar dengan kami; |
“Pengeluaran Tunai” | bermaksud pengeluaran wang tunai daripada Akaun Dompet Digital, sama ada melalui saluran ATM atau di kaunter; |
“Peranti Mudah Alih” | bermaksud peranti telekomunikasi mudah alih dan tanpa wayar termasuk tetapi tidak terhad kepada telefon pintar dan tablet pegang yang digunakan untuk mengakses atau menggunakan Perkhidmatan GoPayz; |
“Perjanjian” | bermaksud Borang Permohonan, Perjanjian Perkhidmatan GoPayz ini termasuk lampiran kepada Perjanjian Perkhidmatan GoPayz ini (seperti yang dikemas kini dari semasa ke semasa), dokumen lain yang secara nyata dimasukkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian ini, Lembaran Pendedahan Produk dan Notis Privasi; |
“Perkhidmatan GoPayz” | bermaksud perkhidmatan nilai simpanan yang kami sediakan melalui Aplikasi GoPayz dan Laman Web GoPayz untuk membolehkan penggunaan Kad dalam Akaun Dompet Digital bagi tujuan membuat Transaksi; |
“PIN” | bermaksud nombor pengenalan peribadi yang digunakan untuk log masuk ke dalam Akaun Dompet Digital dan termasuk GoPIN, Kad PIN dan OTP; |
“PIN Kad” | bermaksud nombor pengenalan peribadi yang dicipta oleh anda untuk menggunakan Kad fizikal; |
“Pusat Khidmat Pelanggan” | bermaksud pasukan perkhidmatan kami yang akan membantu menjawab pertanyaan anda dan butiran hubungannya adalah seperti berikut:
No. Telefon: 018-3883388 |
“Saluran Tambah Nilai” | bermaksud saluran atau pusat yang ditetapkan (yang dilantik dan diberi kuasa oleh kami) untuk anda melakukan Tambah Nilai ke dalam Akaun Dompet Digital; |
“Saluran yang Ditetapkan” | bermaksud saluran atau pusat masing-masing yang ditetapkan oleh kami untuk tujuan penjualan Kad fizikal; |
“Saudagar” | bermaksud peruncit atau mana-mana orang, firma atau syarikat lain yang bersetuju menerima Kad untuk tujuan Transaksi; |
“Saudagar Asing”’ | bermaksud Saudagar: (i) yang merupakan entiti asing atau individu yang berpusat di luar Malaysia (termasuk Saudagar yang mengenakan jumlah Transaksi yang ditukarkan kepada Ringgit Malaysia melalui DCC); atau (ii) yang menerima Kad di mana Transaksi diproses melalui gerbang pembayaran atau terminal pembayaran luar negara; |
“Skim Kad” | bermaksud rangkaian bayaran yang bersambung dengan Kad yang mana kami merupakan ahli dan wajib mematuhi peraturan dan pengawalan Skim Kad mereka; |
“SMS” | bermaksud perkhidmatan pesanan ringkas; |
“Tambah Nilai” | bermaksud mengkreditkan nilai tunai ke dalam Akaun Dompet Digital anda melalui Saluran Tambah Nilai; |
“Tanda U Mobile” | bermaksud apa-apa tanda dagang, tanda perkhidmatan atau nama dagang (sama ada berdaftar atau tidak berdaftar) yang dimiliki oleh ahli gabungan kami yang kami gunakan dan termasuk “GoPayz” dan terbitannya; |
“Tap & Bayar” | bermaksud perkhidmatan bayaran mudah alih yang diadakan oleh Skim Kad dan disediakan melalui Perkhidmatan GoPayz menggunakan Peranti Mudah Alih Android dengan fungsi NFC dengan cara mengetik Peranti Mudah Alih di mana-mana terminal titik jualan (POS) yang mempunyai fungsi NFC; |
“Transaksi” | bermaksud apa-apa jenis transaksi yang dibuat melalui penggunaan Perkhidmatan GoPayz termasuk tetapi tidak terhad kepada, pengeluaran ATM, transaksi Tambah Nilai, Pemindahan P2P dan Pengeluaran Tunai; dan |
“Undang-Undang” | bermaksud semua undang-undang termasuk peraturan common law, prinsip kesaksamaan, statut, pengawalseliaan, perisytiharan, ordinan, undang-undang kecil, peraturan, prinsip dan syarat pengawalseliaan, kod tatakelakuan, writ, perintah, injunksi dan penghakiman termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, AMLA, peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh BNM berkaitan pengeluaran dan penggunaan Akaun Dompet Digital dan Kad. |
2. PERMOHONAN PERKHIDMATAN GOPAYZ
2.1. Dengan memohon Perkhidmatan GoPayz, anda menjamin dan menyatakan bahawa:
a. Anda seorang warganegara Malaysia atau penduduk tetap atau seorang warga asing yang mempunyai pasport yang sah dan alamat surat-menyurat di Malaysia;
b. Sekiranya Akaun Dompet Digital atas nama anda sebagai seorang individu, walaupun anda telah menamakan satu nama perniagaan sebagai Pemegang Kad Tambahan, anda hendaklah mematuhi syarat-syarat dalam Klausa 2.1(a) and (b) di atas;
c. Sekiranya Akaun Dompet Digital dibuat atas nama sebuah syarikat, orang yang telah membuka Akaun Dompet Digital bagi pihak syarikat tersebut diberi kuasa untuk mengikat syarikat tersebut dengan Perjanjian ini; dan
d. Semua maklumat yang anda berikan adalah benar, betul dan lengkap.
2.2. Anda hanya boleh memohon 1 Perkhidmatan GoPayz pada bila-bila masa menggunakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti yang dikehendaki oleh kami.
2.3. Kami boleh menolak Borang Permohonan anda tanpa memberikan sebab dan apa-apa dokumen atau maklumat yang telah anda serahkan tidak akan dipulangkan kepada anda.
2.4 (a) Jika anda adalah ibu bapa atau penjaga sah bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, melalui penggunaan Perkhidmatan GoPayz oleh anak anda:-
(i) anda menerima syarat Perjanjian ini bagi pihak anak anda;
(ii) anda bersetuju bahawa anda tertakluk kepada terma Perjanjian ini;
(iii) anda bertanggungjawab untuk aktiviti anak anda di Perkhidmatan GoPayz; dan
(iv) anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpul, merakam, memegang, menyimpan, mengguna dan mendedahkan maklumat peribadi anak anda untuk tujuan yang perlu dan berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan GoPayz mengikut Notis Privasi kami.
(b) Sebarang persetujuan yang perlu diberikan oleh pengguna Perkhidmatan GoPayz di bawah Perjanjian ini akan dianggap telah diberikan oleh ibu bapa atau penjaga sah pengguna yang berumur di bawah 18 tahun.
3. TARIKH KUAT KUASA PERJANJIAN
Perjanjian ini akan berkuat kuasa bermula dari tarikh anda menyerahkan Borang Permohonan anda dan sah sehingga ditamatkan mengikut Perjanjian ini.
4. AKAUN DOMPET ANDA
4.1. Terdapat dua jenis Akaun Dompet Digital yang kami dikeluarkan:
a. Akaun Dompet Digital Asas; dan
b. Akaun Dompet Digital Premium.
4.2. Akaun Dompet Digital Asas
a. Apabila anda pertama kali mendaftar untuk Akaun Dompet Digital, anda secara automatik akan didaftarkan untuk Akaun Dompet Digital Asas tanpa perlu menyerahkan apa-apa dokumen sokongan atau menjalani pemeriksaan KYC.
b. Anda boleh membuat:
i. beberapa Tambah Nilai sehingga Had Dompet sebanyak RM250, atau apa-apa amaun yang ditetapkan oleh kami dari semasa ke semasa;
ii. menyimpan Kad Pembayaran Lain anda; dan
iii. memohon untuk satu Kad fizikal tertakluk kepada bayaran Fi.
c. Anda tidak boleh membuat apa-apa:
i. Pengeluaran Tunai;
ii. Pemindahan P2P; atau
iii. Transaksi yang melibatkan Saudagar Asing.
4.3. Akaun Dompet Digital Premium
a. Sekiranya anda ingin menaik taraf Akaun Dompet Digital Asas anda kepada Akaun Dompet Digital Premium, anda perlu menjalani proses KYC dengan memuat naik dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan, mengambil swafoto anda untuk tujuan pengecaman wajah, dan semua langkah lain yang mungkin diperlukan oleh kami dari semasa ke semasa. Jika anda gagal dalam semakan KYC atau anda berumur di bawah 18 tahun, anda perlu memberikan dokumen sokongan dan maklumat tambahan seperti yang dinyatakan dalam Lembaran Pendedahan Produk untuk kami menjalankan KYC yang diperlukan untuk memproses permohonan penaikan taraf anda.
b. Sekiranya permohonan penaikan taraf anda kepada Akaun Dompet Digital Premium diluluskan, kami akan memaklumkannya kepada anda melalui Akaun Dompet Digital anda, SMS, e-mel atau apa-apa saluran lain yang kami anggap sesuai. Kelulusan tersebut adalah atas budi bicara mutlak kami dan kami boleh menolak permohonan anda tanpa memberikan apa-apa sebab.
c. Sekiranya diluluskan, Akaun Dompet Digital Asas anda akan dinaik taraf kepada Akaun Dompet Digital Premium yang mempunyai ciri-ciri berikut:
i. Had Dompet sebanyak RM5,000 atau apa-apa amaun yang boleh kami tetapkan dari semasa ke semasa; dan
ii. fungsi Pengeluaran Tunai, Pemindahan P2P dan Transaksi yang melibatkan Saudagar Asing.
4.4. Akaun Dompet Digital anda bukan akaun perbankan atau apa-apa bentuk deposit bertempoh. Tiada faedah, dividen atau bayaran lain yang akan terkumpul atau perlu dibayar kepada anda atas Baki Akaun Dompet.
4.5. Akaun Dompet Digital anda membolehkan anda menggunakan pelbagai fungsi dalam Laman Web GoPayz dan Aplikasi GoPayz, yang penggunaannya tertakluk pada terma dan syarat yang boleh didapati dalam Laman Web GoPayz dan Aplikasi GoPayz.
4.6. Akaun Dompet Digital anda tidak boleh dipindahkan atau diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga. Akaun Dompet Digital anda tidak boleh dicagarkan atau digunakan sebagai satu bentuk jaminan untuk apa-apa tujuan sekalipun.
4.7. Pemindahan P2P
a. Klausa 4.7 ini terpakai kepada anda sekiranya anda menggunakan Akaun Dompet Digital anda untuk Pemindahan P2P bagi tujuan menerima atau menghantar dana daripada atau kepada Akaun Dompet Digital Premium lain yang berdaftar dengan kami;
b. Penggunaan Pemindahan P2P tertakluk kepada apa-apa had harian yang boleh kami tentukan dari semasa ke semasa;
c. Kami tidak akan mengesahkan identiti penerima permohonan Pemindahan P2P anda. Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa butiran penerima Pemindahan P2P anda dipamerkan dengan betul. Sekiraya anda memindahkan dana melalui Pemindahan P2P kepada penerima yang salah:
i. anda boleh membatalkan Transaksi Pemindahan P2P tersebut dengan menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami, hanya sekiranya penerima belum menggunakan dana yang dipindahkan;
ii. apabila tindakan pembatalan dimulakan, dana yang dipindahkan akan dibekukan dalam Akaun Dompet Digital penerima dan siasatan akan dijalankan; dan
iii. setelah siasatan selesai, dana boleh dikreditkan semula ke dalam Akaun Dompet Digital anda, tertakluk kepada kejayaan membekukan dana dalam Akaun Dompet Digital penerima.
4.8. Tap & Bayar
a. Pengaktifan
Pemegang Kad boleh mengaktifkan ciri-ciri Tap & Bayar melalui Aplikasi GoPayz versi Android sahaja.
b. Kesesuaian Peranti Mudah Alih
Pemegang Kad hendaklah memastikan bahawa Peranti Mudah Alih yang digunakan untuk Tap & Bayar:
i. dipasang dengan versi Aplikasi GoPayz yang telah dikemas kini yang mengandungi ciri-ciri Tap & Bayar; dan
ii. mempunyai fungsi NFC Peranti Mudah Alih Android yang dibeli daripada peruncit yang berdaftar.
5. KAD
5.1. Kad Tambahan
a. Berdasarkan permohonan anda, kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, mengeluarkan Kad Tambahan kepada mana-mana pihak yang anda namakan sebagai Pemegang Kad Tambahan. Apa-apa penggunaan Kad Tambahan sama ada oleh Pemegang Kad Tambahan atau sebaliknya adalah tertakluk kepada terma dan syarat Perjanjian ini seolah-olah Kad Tambahan tersebut digunakan oleh anda.
b. Anda bertanggungjawab untuk semua Transaksi yang dibuat dengan menggunakan Kad Tambahan anda. Semua amaun Transaksi yang dibuat oleh Kad Tambahan anda akan dicajkan kepada Akaun Dompet Digital anda.
c. Penggunaan Kad Tambahan tertakluk kepada Baki Akaun Dompet anda yang ada atau apa-apa had penggunaan bulanan lain yang boleh anda tetapkan untuk setiap Pemegang Kad Tambahan anda.
d. Anda atau Pemegang Kad Tambahan anda boleh menamatkan Kad Tambahan dengan menghantar permohonan bertulis kepada Pusat Khidmat Pelanggan kami.
e. Setelah penamatan Perkhidmatan GoPayz anda atas apa-apa sebab sekalipun, penggunaan Kad Tambahan akan ditamatkan secara automatik.
5.2. Kad Fizikal
a. Anda hendaklah memberikan alamat surat-menyurat yang sah (bukan alamat Peti Surat) untuk kami hantarkan Kad fizikal kepada anda.
b. Sebelum menggunakan Kad fizikal, anda hendaklah:
i. menurunkan tandatangan dengan serta-merta pada panel tandatangan di belakang Kad setelah menerima Kad fizikal tersebut; dan
ii. mencipta PIN Kad melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz untuk setiap Kad fizikal bagi mengaktifkan Kad fizikal tersebut. PIN Kad juga boleh dicipta melalui panggilan telefon ke Pusat Khidmat Pelanggan kami.
c. Kad fizikal akan diaktifkan setelah PIN Kad berjaya dicipta.
d. Atas budi bicara mutlak kami, kami boleh menerima atau menolak permohonan anda untuk mencipta PIN Kad/GoPIN atau untuk mengaktifkan Kad fizikal tanpa memberikan apa-apa sebab sekalipun.
e. Setelah pengaktifan Kad fizikal, tempoh tamat Kad maya anda akan diubah untuk diselaraskan dengan tarikh tamat tempoh Kad fizikal anda.
f. Setelah Kad fizikal anda tamat tempoh, anda hendaklah memusnahkan Kad fizikal tersebut dengan mengguntingnya di tengah-tengah merentasi jalur pita magnet dan cip bagi memastikan ia rosak sepenuhnya.
g. Kad fizikal ialah harta kami pada sepanjang masa dan hendaklah diserahkan kepada kami dengan serta-merta apabila kami memintanya.
h. Anda hendaklah mengambil semua langkah-langkah penjagaan dan pencegahan yang munasabah untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian Kad fizikal anda. Sekiranya Kad fizikal anda hilang atau dicuri, anda hendaklah:
i. dengan serta-merta menyekat Kad fizikal anda melalui Akaun Dompet Digital anda;
ii. memaklumkan kepada Pusat Khidmat Pelanggan kami; dan
iii. memberi kami pengesahan bertulis tentang kehilangan atau kecurian Kad fizikal berserta satu salinan laporan polis.
i. Meskipun anda telah memaklumkan tentang kehilangan atau kecurian Kad fizikal anda, anda kekal bertanggungjawab untuk semua Transaksi yang dibuat atau diluluskan terdahulu daripada pemakluman anda kepada kami, sama ada Transaksi tersebut diketahui oleh anda atau telah dibenarkan oleh anda ataupun tidak.
j. Kami tidak mempunyai kewajipan untuk mengeluarkan Kad ganti berikutan kehilangan atau kecurian Kad fizikal. Sekiranya kami mengeluarkan Kad ganti, kami boleh mengenakan apa-apa syarat, fi atau caj tambahan untuk Kad ganti tersebut.
k.Sekiranya Kad fizikal anda yang sebelumnya dilaporkan hilang atau dicuri telah dijumpai, anda hendaklah tidak menggunakan Kad fizikal tersebut. Anda hendaklah memusnahkan Kad fizikal tersebut dengan mengguntingnya di tengah-tengah merentasi jalur pita magnet dan cip bagi memastikan ia rosak sepenuhnya.
l. Anda bertanggungjawab untuk memastikan amaun Transaksi adalah betul sebelum mengesahkan bayaran. Dengan menandatangani atau memasukkan PIN/OTP, anda dianggap bersetuju dengan Transaksi termasuk amaun Transaksi.
m. Anda hendaklah menyerahkan Kad fizikal kepada kami apabila diminta, sekiranya gagal berbuat demikian kami berhak untuk menarik balik, menggantung atau menamatkan Kad fizikal tersebut pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu atau memberikan apa-apa sebab.
5.3. Kad Pembayaran Lain
a. Anda boleh memohon untuk menambah apa-apa Kad Pembayaran Lain anda ke dalam Akaun Dompet Digital anda iaitu nombor kad, nama dan tarikh tamat tempoh kad tetapi kami berhak menolak permohonan anda atas budi bicara mutlak kami tanpa memberikan apa-apa sebab kepada anda.
b. Penggunaan Kad Pembayaran Lain anda untuk apa-apa Transaksi tertakluk kepada terma penggunaan pengeluar Kad Pembayaran Lain tersebut.
6. MAKLUMAT PERIBADI
6.1. Dengan memberikan maklumat peribadi tentang anda atau mana-mana Pemegang Kad Tambahan kepada kami atau dengan menggunakan Perkhidmatan GoPayz, anda bersetuju dan mengakui bahawa anda telah mendapat persetujuan Pemegang Kad Tambahan untuk kami mengumpul, merekodkan, memegang, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi tersebut untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan penyediaan Perkhidmatan GoPayz selaras dengan Notis Privasi kami.
6.2. Tanpa mengehadkan Notis Privasi kami, anda memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan atau mendedahkan pada bila-bila masa dan tanpa notis atau liabiliti, apa-apa maklumat yang berkaitan dengan anda dan mana-mana Pemegang Kad Tambahan (termasuk maklumat dan urusan peribadi (kewangan atau sebaliknya) dan butiran tentang Akaun Dompet Digital anda) dengan cara dan setakat mana yang kami fikirkan perlu atau wajar kepada mana-mana pihak termasuk tetapi tidak terhad kepada:
a. mana-mana Saudagar, mana-mana bank atau institusi kewangan lain, Skim Kad, atau mana-mana pihak yang berminat untuk mempermudah penggunaan Kad atau pemprosesan apa-apa Transaksi atau apa jua jenis penyiasatan yang akan dibuat;
b. Unit Kredit Pusat (“Central Credit Unit”) atau mana-mana biro kredit pusat lain yang ditubuhkan oleh BNM, mana-mana pihak berkuasa lain yang diberi kuasa oleh Undang-undang untuk mendapatkan maklumat tersebut atau mana-mana pihak berkuasa atau badan yang ditubuhkan oleh BNM atau mana-mana pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa terhadap kami; dan
c. kepada agensi pengesanan penipuan kad (termasuk maklumat tentang penamatan atau penggantungan Perjanjian dan sebab bagi penamatan atau penggantungan tersebut).
7. NOMBOR PENGESAHAN PERIBADI (PIN) DAN KESELAMATAN AKAUN DOMPET
7.1. Setelah anda menerima OTP, anda dikehendaki mencipta GoPIN untuk Akaun Dompet Digital anda. Akaun Dompet Digital anda akan diaktifkan selepas penciptaan GoPIN berjaya. Kami boleh dengan mengikut budi bicara mutlak kami menerima atau menolak permintaan anda untuk mencipta GoPIN tanpa memberikan apa-apa sebab.
7.2. Anda bertanggungjawab terhadap keselamatan Akaun Dompet Digital anda, termasuk Kad dan PIN. Sekiranya anda terlupa PIN, anda harus menetapkan semula PIN tersebut.
7.3. Anda akan memerlukan PIN anda untuk melaksanakan fungsi atas talian tertentu yang berkaitan dengan Akaun Dompet Digital anda, seperti:
a. menukar butiran berdaftar anda;
b. menyemak amaun Baki Akaun Dompet;
c. menyemak butiran Transaksi; dan
d. memohon penaikan taraf atau Kad Tambahan.
7.4. Pemegang kad mesti memasukkan PIN Kad 6 digit di Terminal POS untuk apa-apa Transaksi bayaran tanpa sentuhan yang melebihi RM250.00 setiap Transaksi.
8. BAKI AKAUN DOMPET
8.1. Anda hendaklah mengekalkan Baki Minimum dalam Akaun Dompet Digital anda pada setiap masa, yang tidak dibenarkan untuk diguna bagi apa-apa Transaksi. Sekiranya Baki Akaun Dompet anda berada di bawah Baki Minimum:
a. apa-apa Transaksi yang anda lakukan akan ditolak; dan
b. kami boleh menggantung Akaun Dompet Digital tersebut sehingga anda Tambah Nilai Akaun Dompet Digital sehingga sekurang-kurangnya Baki Minimum.
8.2. Baki Akaun Dompet anda hendaklah mempunyai dana yang mencukupi yang melebihi Baki Minimum untuk membayar setiap Transaksi. Sekiranya lebihan wang tersebut tidak mencukupi untuk amaun Transaksi termasuk apa-apa Fi, Transaksi tersebut boleh ditolak. Walau bagaimanapun, sekiranya Transaksi tersebut diluluskan, kami akan menolak amaun Transaksi (atau mana-mana bahagian daripada amaun Transaksi yang tidak dapat kami tolak daripada Akaun Dompet Digital anda disebabkan dana Akaun Dompet Digital anda tidak mencukupi) dan apa-apa Fi yang terpakai setelah anda Tambah Nilai Akaun Dompet Digital tersebut.
8.3. Sekiranya Baki Akaun Dompet anda tidak mencukupi atau Baki Akaun Dompet anda berada di bawah Baki Minimum dan kami tidak dapat mengenakan apa-apa Fi kepada Akaun Dompet Digital anda, kami akan memotong Fi tersebut setelah anda Tambah Nilai Akaun Dompet Digital.
8.4. Anda boleh menambah Baki Akaun Dompet anda melalui Tambah Nilai di Saluran Tambah Nilai sehingga Had Dompet anda. Tambah Nilai anda hanya boleh didapati dalam Akaun Dompet Digital anda setelah kami menerima pembayaran sebenar dan mengemas kini amaun tersebut dalam Akaun Dompet Digital anda.
8.5. Kami boleh mengubah Had Dompet dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlak kami dan tertakluk kepada terma dan syarat selanjutnya seperti yang kami anggap sesuai.
9. TRANSAKSI LUAR NEGARA DAN SAUDAGAR ASING
9.1. Sekiranya anda menggunakan Kad di luar Malaysia atau membuat Transaksi dengan mana-mana Saudagar Asing:
a. amaun yang didebitkan daripada Akaun Dompet Digital akan ditukar kepada Ringgit Malaysia menurut kadar pertukaran semasa pada masa kami melunaskan pembayaran yang sepadan kepada bank lain yang terlibat untuk Transaksi tersebut dan mungkin termasuk caj yang ditentukan oleh Skim Kad mengikut budi bicara mutlaknya;
b. anda hendaklah memastikan bahawa Transaksi tersebut tidak melanggar Undang-undang yang ada di negara tempat Transaksi itu berlaku; dan
c. anda hendaklah memastikan bahawa Transaksi tersebut mematuhi garis panduan yang dinyatakan dalam Peraturan Pentadbiran Pertukaran Asing yang dikeluarkan oleh BNM dan anda akan bertanggungjawab terhadap apa-apa ketidakpatuhan.
9.2. Sekiranya Transaksi Saudagar Asing anda (termasuk Transaksi luar negara dan atas talian) ditukar kepada Ringgit Malaysia melalui DCC:
a. proses penukaran dan kadar pertukaran yang digunakan akan ditentukan oleh penyedia perkhidmatan DCC yang berkaitan dan bukan oleh kami; dan
b. Transaksi Saudagar Asing sedemikian yang ditukar melalui DCC akan tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh Skim Kad bagi Transaksi tersebut.
9.3. Semua Transaksi luar negara dan E-Dagang tidak terjamin adalah secara asalnya tidak diaktifkan. Anda boleh teruskan untuk mengaktifkan Transaksi luar negara atau E-Dagang tidak terjamin melalui Akaun Dompet Digital anda.
10. FI
10.1. Anda mengaku janji untuk membayar semua Fi semasa yang timbul daripada dan sehubungan dengan penggunaan Perkhidmatan GoPayz anda yang kami kenakan dari semasa ke semasa dan anda memberi kebenaran kepada kami untuk mengecaj amaun apa-apa Transaksi yang anda lakukan dan Fi kepada Akaun Dompet Digital anda.
10.2. Sekiranya anda tidak membayar Fi yang terpakai apabila perlu dibayar atau Baki Akaun Dompet anda tidak mencukupi untuk membayar Fi, kami berhak untuk tidak mengeluarkan apa-apa Kad fizikal, diperbaharui atau Kad ganti kepada anda.
10.3.
(a) Anda bertanggungjawab terhadap semua Cukai yang boleh dikenakan atau perlu dibayar sehubungan dengan Perkhidmatan GoPayz dan Perjanjian ini. Anda memberi kebenaran kepada kami untuk mendebitkan amaun semua Cukai ke Akaun Dompet Digital anda.
(b) Sekiranya kami dikehendaki oleh mana-mana Undang-undang untuk menolak atau menahan apa-apa jumlah wang sebagai Cukai yang dikenakan ke atas amaun yang perlu dibayar kepada kami, amaun yang perlu dibayar kepada kami itu akan ditambah dengan amaun yang diperlukan untuk memastikan bahawa kami akan menerima amaun bersih yang sama dengan amaun yang akan diterima sekiranya tidak ada penolakan atau penahanan tersebut.
11. HAK MILIK
Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami memiliki atau dilesenkan untuk menggunakan semua hak harta intelek dalam Perkhidmatan GoPayz termasuk Tanda U Mobile dan apa-apa sistem yang kami gunakan untuk menyediakan Perkhidmatan GoPayz. Perjanjian ini tidak memberikan anda apa-apa hak terhadap paten, hak cipta, rahsia perdagangan, nama dagang, tanda perkhidmatan, Tanda U Mobile atau apa-apa hak atau lesen hak milik yang lain.
12. PENGGUNAAN PERKHIDMATAN GOPAYZ
12.1. Anda hendaklah:
a. mematuhi semua peruntukan dalam Perjanjian ini dan semua Undang-undang yang terpakai;
b. memastikan bahawa anda memuat turun Aplikasi GoPayz dari “Google Play Store”, “Apple App Store” atau “Huawei’s AppGallery” dan bukan dari mana-mana sumber lain. Anda bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang boleh anda alami sekiranya anda memuat turun Aplikasi GoPayz dari sumber yang tidak dibenarkan;
c. memastikan keserasian Peranti Mudah Alih anda dengan Perkhidmatan GoPayz. Sekiranya terdapat apa-apa perubahan atau penaiktarafan kepada Perkhidmatan GoPayz, anda hendaklah memastikan keserasian yang berterusan dengan Peranti Mudah Alih anda dan bertanggungjawab terhadap semua peralatan yang diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan GoPayz;
d. memastikan bahawa anda tidak menggunakan Aplikasi GoPayz pada mana-mana peranti yang diubah secara haram atau mana-mana peranti yang diubah dengan apa cara sekali pun;
e. bertanggungjawab sepenuhnya terhadap integriti segala maklumat dan data yang dihantar atau diperoleh melalui penggunaan Perkhidmatan GoPayz sama ada melalui Peranti Mudah Alih atau sebaliknya;
f. memastikan bahawa semua Transaksi melalui Akaun Dompet Digital atau Kad dibuat oleh anda;
g. tidak membenarkan atau memberi kebenaran kepada mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan Akaun Dompet Digital atau Kad atau menggunakannya untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh kami seperti yang dimaklumkan oleh kami dari semasa ke semasa;
h. tidak memindahkan, menjual, mengedar atau menghasilkan semula Kad anda dan hendaklah mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kehilangan, kecurian atau penyalahgunaan Kad tersebut;
i. memastikan keselamatan Kad tersebut dan merahsiakan PIN pada setiap masa;
j. tidak cuba menggunakan Akaun Dompet Digital atau apa-apa tawaran yang dibuat di bawah Akaun Dompet Digital untuk apa-apa tujuan selain daripada yang dimaksudkan atau ditawarkan oleh kami;
k. memastikan bahawa semua dana yang diterima atau yang disalurkan melalui Akaun Dompet Digital anda datang daripada sumber atau aktiviti yang sah;
l. tidak cuba menjangkiti atau menghantar spam ke sistem yang kami gunakan untuk menyediakan Perkhidmatan GoPayz, memanipulasi Perkhidmatan GoPayz atau cuba untuk mendapatkan apa-apa keuntungan yang berlandaskan penipuan atau menyalahi undang-undang di bawah Perkhidmatan GoPayz atau apa-apa tawaran yang dibuat dari semasa ke semasa;
m. segera mengemas kini melalui Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz atau memaklumkan kepada kami secara bertulis tentang apa-apa perubahan maklumat butiran anda seperti yang diberikan kepada kami dalam Borang Permohonan; dan
n. tidak menggunakan Perkhidmatan GoPayz untuk apa-apa aktiviti haram yang dilarang oleh mana-mana Undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada perbankan dalam talian haram, perjudian, pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan, pengedaran dadah, pertaruhan (sama dengan betting) atau aktiviti penipuan, haram atau jenayah yang lain.
13. PENAFIAN DAN PENGECUALIAN LIABILITI
13.1. Perkhidmatan GoPayz disediakan "Sebagaimana Ada" dan "Atas Dasar Tersedia" dan anda menerima bahawa anda menggunakan Perkhidmatan GoPayz dan bergantung kepada maklumat yang diperoleh melalui penggunaan Perkhidmatan GoPayz atas risiko anda sendiri. Kami tidak membuat apa-apa representasi dan setakat yang dibenarkan oleh Undang-Undang, menafikan semua jaminan tersurat dan tersirat dalam apa-apa bentuk berkaitan dengan Perkhidmatan GoPayz termasuk tanpa terhad kepada:
a. kebolehpercayaan, ketepatan masa, keselamatan atau bahawa ia bebas daripada kecacatan;
b. penggunaan tanpa gangguan dan ketersediaan;
c. kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan dan tidak melanggar apa-apa hak milikan;
d. keserasiannya dengan Peranti Mudah Alih anda dan peralatan lain.
13.2. Anda mengakui bahawa Perkhidmatan GoPayz bergantung kepada teknologi dan kemudahan pihak ketiga termasuk ketersambungan tanpa wayar yang tidak berada dalam kawalan kami. Anda juga mengakui ciri dan batasan rangkaian digital tanpa wayar dan bahawa data boleh rosak, tertunda atau hilang walaupun kami telah mengambil langkah-langkah keselamatan dan langkah-langkah lain. Anda bersetuju untuk tidak meletakkan liabiliti terhadap kami atas mana-mana kegagalan ini.
13.3. Perkhidmatan Pihak Ketiga melalui GoPayz
a. Apabila anda melakukan Transaksi dalam talian melalui Perkhidmatan GoPayz, anda akan diarahkan ke laman sesawang luaran yang dikendalikan oleh Saudagar atau pihak ketiga
b. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan atau ketersediaan laman sesawang yang dipaut.
c. Kami tidak menjamin atau menyokong, dan tidak bertanggungjawab terhadap laman sesawang yang dipaut, termasuk kandungan, produk atau perkhidmatan, dasar atau amalan privasinya.
13.4. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua Transaksi yang dibuat melalui Perkhidmatan GoPayz sama ada dibuat dengan pengetahuan atau kebenaran anda ataupun tidak.
13.5. Kami mengecualikan semua liabiliti termasuk kecuaian kami daripada penggunaan Perkhidmatan GoPayz oleh anda. Kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau kepada mana-mana pihak yang menuntut melalui anda untuk apa-apa kos, kerugian atau kerosakan (sama ada secara langsung atau tidak langsung), atau untuk kehilangan pendapatan, kehilangan keuntungan, kerugian kewangan atau ekonomi, atau untuk apa-apa kerugian khusus atau kerugian turutan termasuk kerugian perniagaan dan penjimatan yang dijangkakan dalam apa-apa bentuk sekalipun yang timbul daripada atau sehubungan dengan apa-apa penggunaan Perkhidmatan GoPayz, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
a. kegagalan atau keengganan kami untuk mengaktifkan Akaun Dompet Digital atau Kad;
b. ketidakupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan GoPayz atas apa-apa sebab;
c. sekiranya maklumat anda digunakan oleh individu lain untuk mendaftar Perkhidmatan GoPayz, sebagai suatu bentuk kecurian identiti;
d. kelewatan penghantaran atau ketiadaan penghantaran, kualiti (termasuk apa-apa kecacatan atau kekurangan pada apa-apa barang dan perkhidmatan), keselamatan atau kesesuaian untuk tujuan barang atau perkhidmatan yang dibeli melalui Perkhidmatan GoPayz;
e. apabila anda telah bertindak secara menipu atau cuai;
f. penolakan Kad atau PIN oleh mana-mana Saudagar, ATM atau mana-mana terminal yang digunakan untuk memproses Transaksi, atau sekiranya Saudagar enggan menerima sesuatu Transaksi atau gagal untuk membatalkan sesuatu kebenaran atau pra-kebenaran atau sekiranya kami menolak atau enggan memberi kebenaran untuk Transaksi atas apa-apa sebab sekalipun;
g. apa-apa kerosakan, kecacatan atau kesilapan pada mana-mana peralatan yang digunakan untuk memproses Transaksi, atau mesin atau sistem kebenaran lain sama ada milik kami atau dikendalikan oleh kami atau orang lain;
h. apa-apa pembatalan atau keengganan pihak kami untuk membaharui atau menggantikan Kad;
i. apa-apa penggantungan atau sekatan yang dikenakan oleh kami terhadap penggunaan Kad oleh anda;
j. penarikbalikan Ganjaran atau apa-apa manfaat atau keistimewaan yang diberikan kepada anda di bawah Kad;
k. maklumat perbankan yang salah yang anda berikan untuk tujuan menerima apa-apa pemulangan Baki Akaun Dompet anda;
l. maklumat yang salah dimasukkan semasa anda membuat apa-apa Pemindahan P2P;
m. mengakses pautan pihak ketiga semasa menggunakan Perkhidmatan GoPayz atau menggunakan maklumat yang diperoleh daripada pautan atau kandungan pihak ketiga tersebut; dan
n. memuat turun Aplikasi GoPayz dari sumber yang tidak dibenarkan.
13.6. Setakat yang dibenarkan oleh Undang-undang, dan tertakluk kepada Klausa 13.1, 13.2, 13.3, 13.4 dan 13.5 di atas, jumlah keseluruhan liabiliti kami dari segi kontrak, tort (termasuk kecuaian atau pelanggaran kewajipan berkanun) atau sebaliknya kepada anda di bawah atau yang timbul daripada Perjanjian ini adalah seperti berikut:
a. apabila Kad fizikal anda mengalami kerosakan disebabkan oleh kesalahan kami, liabiliti kami terhad kepada penggantian Kad tersebut;
b. apabila jumlah wang yang salah dipotong daripada Baki Akaun Dompet anda kerana kesalahan kami, liabiliti kami terhad kepada pembayaran jumlah yang setara kepada anda; dan
c. dalam semua keadaan lain, liabiliti kami terhad kepada yang lebih rendah antara Baki Akaun Dompet pada tarikh tuntutan anda timbul atau jumlah wang Lima Ribu Ringgit Malaysia (RM5,000.00).
14. JAMINAN GANTI RUGI
14.1. Anda melepaskan kami daripada semua liabiliti dan memberi kami jaminan ganti rugi terhadap semua kerugian, kerosakan, fi, kos, caj, Cukai dan perbelanjaan (termasuk kos undang-undang atas dasar peguam-anak guam) yang kami boleh alami atau tanggung dan yang timbul sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam keadaan seperti yang dinyatakan di bawah:
a. penggunaan atau berupa penggunaan Perkhidmatan GoPayz termasuk Kad, PIN atau kata laluan sama ada oleh anda atau orang lain;
b. kemungkiran atau ketidakpatuhan anda terhadap mana-mana peruntukan Perjanjian ini atau mana-mana Undang-undang;
c. tindakan atau pengabaian anda yang cuai;
d. penerimaan arahan anda atau arahan yang kami percaya dengan suci hati telah datang daripada anda (sama ada diberi kebenaran ataupun tidak) dan tindakan atau kegagalan untuk bertindak tentang perkara tersebut;
e. pelaksanaan hak kami di bawah Perjanjian ini;
f. apa-apa kelewatan dalam pembayaran atau kiriman wang ke dalam Akaun Dompet Digital anda; atau
g. apa-apa tuntutan libel, pencerobohan privasi, pelanggaran hakcipta, paten, pecah amanah, pelanggaran hak istimewa yang timbul daripada kandungan yang dihantar, diterima atau disimpan oleh kami.
14.2. Sekiranya anda membenarkan atau memberi kuasa kepada mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan Perkhidmatan GoPayz atas apa-apa sebab sekalipun, anda hendaklah memberi kami jaminan ganti rugi untuk apa-apa kerugian yang kami alami yang timbul daripada apa-apa tuntutan berikutan pemberian kuasa tersebut.
14.3 Apa-apa amaun yang perlu anda bayar di bawah Klausa 14.1 atau 14.2, akan didebitkan daripada Akaun Dompet Digital anda dan apa-apa amaun belum bayar boleh dituntut daripada anda sebagai hutang yang perlu dibayar.
15. PERTIKAIAN DAN ADUAN
15.1. Anda hendaklah mengemukakan semua aduan, tuntutan dan pertikaian anda terhadap mana-mana Saudagar dengan Saudagar tersebut secara terus dan bukan melalui kami.
15.2. Sekiranya anda menemui apa-apa kesilapan atau percanggahan dalam Akaun Dompet Digital anda, anda hendaklah memaklumkan secara lisan atau bertulis kepada Pusat Khidmat Pelanggan kami atau mana-mana saluran lain seperti yang kami maklumkan kepada anda dari semasa ke semasa, dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh Transaksi yang dipertikaikan, dan sekiranya gagal berbuat demikian, semua masukan akan dianggap sebagai tepat dan mengikat anda.
15.3. Apa-apa pertikaian atau aduan yang anda buat hendaklah disokong dengan semua maklumat dan dokumen yang berkaitan (sekiranya ada). Kami akan menyiasat pertikaian atau aduan anda dan memaklumkan keputua-san kami kepada anda dalam tempoh empat belas (14) hari setelah menerima pertikaian atau aduan anda yang disertakan dengan segala maklumat dan dokumen lengkap yang berkaitan (sekiranya ada).
15.4. Sekiranya terdapat pertikaian tentang mana-mana Transaksi, amaun yang dipotong bagi tujuan pembayaran Transaksi yang dipertikaikan tersebut tidak akan dibayar balik melainkan anda dibebaskan oleh kami daripada apa-apa liabiliti selepas apa jua penyiasatan berkaitan dengan Transaksi yang dipertikaikan tersebut. Apa-apa wang yang perlu dibayar balik akan dikreditkan ke dalam Akaun Dompet Digital anda.
15.5. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan mana-mana keputusan kami berkaitan dengan Transaksi yang dibuat tanpa kebenaran atau apa-apa hal lain berkaitan dengan Perkhidmatan GoPayz, anda boleh merujuk pertikaian tersebut kepada:
Alamat |
Level 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia No 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 8:30 pagi sehingga 5:30 petang (Isnin – Jumaat) |
Nombor Telefon | +603-22722811 |
E-mel | enquiry@ofs.org.my |
atau
Alamat | Ground Floor, Blok D Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 9 pagi sehingga 5 petang (Isnin – Jumaat) |
Alamat | Bank Negara Malaysia P. O. Box 10922 50929 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | 9am hingga 5pm (Isnin – Jumaat) |
Nombor Telefon | Panggilan tempatan: 1-300-88-5465 atau 1-300-88-LINK Luar negara: +603-21741717 |
Emel | bnmtelelink@bnm.gov.my |
SMS | 15888 |
16. REKOD TRANSAKSI
16.1. Dengan log masuk ke dalam Akaun Dompet Digital anda, anda dapat melihat sejarah Transaksi anda untuk tempoh enam puluh (60) hari sebelumnya dan penyata bulanan anda untuk tempoh enam (6) bulan sebelumnya tanpa dikenakan caj. Sekiranya anda menghendaki akses kepada rekod untuk tempoh yang terdahulu daripada itu, anda boleh membuat permintaan untuk rekod tersebut dengan membuat bayaran fi.
16.2. Apa-apa deraf jualan, rekod transaksi, baucer kredit, deraf pembayaran tunai atau rekod caj lain yang memaparkan tanda atau bentuk maklumat timbul lain yang terdapat di atas Kad; atau penyata bulanan kami dan rekod Transaksi akan dianggap sebagai bukti suatu amaun yang dicajkan dengan betul kepada Akaun Dompet Digital anda dan anda bersetuju bahawa rekod tersebut adalah muktamad dan mengikat anda untuk semua tujuan.
17. PENAMATAN DAN PENGGANTUNGAN
17.1. Anda boleh meminta penamatan Perjanjian ini dengan memberikan notis bertulis kepada kami.
17.2. Kami berhak untuk menamatkan, menggantung atau menyekat penggunaan mana-mana bahagian Perkhidmatan GoPayz tanpa apa-apa liabiliti terhadap anda atau mana-mana pihak ketiga disebabkan oleh tindakan sedemikian, dengan memberi anda notis 30 hari.
17.3. Meskipun wujud Klausa 17.2, kami boleh dengan serta-merta dengan atau tanpa notis, menggantung, menamatkan dan menyekat penggunaan mana-mana bahagian Perkhidmatan GoPayz atau Perjanjian ini sekiranya:
a. anda memungkiri atau kami dengan munasabah berpendapat bahawa anda memungkiri, mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini atau mana-mana Undang-undang;
b. anda gagal membuat apa-apa bayaran dalam apa-apa amaun yang terhutang kepada kami sehingga tarikh cukup tempoh yang kami tentukan;
c. anda memberikan maklumat yang salah, palsu atau tidak lengkap kepada kami dalam Borang Permohonan;
d. anda gagal memberikan dengan segera maklumat peribadi anda yang kami minta dengan munasabah untuk melengkapkan proses pendaftaran Akaun Dompet Digital anda;
e. anda berulang kali gagal memberi kami maklumat yang cukup berkaitan dengan pendaftaran Akaun Dompet Digital anda;
f. kami meragui kesahihan Akaun Dompet Digital anda dan dengan suci hati menganggap wajar untuk berbuat demikian; atau
g. kami mengesyaki penipuan atau perlakuan haram atau aktiviti yang menyalahi undang-undang berkaitan dengan Akaun Dompet Digital atau Kad;
h. anda melibatkan diri dengan apa-apa kelakuan yang memudaratkan kami atau sekiranya pada pendapat kami, tindakan anda menjejaskan kepentingan kami;
i. anda meninggal dunia (untuk individu) atau menjadi muflis atau di bawah ancaman menjadi muflis atau tidak mampu bayar, atau membuat kompromi atau aturan atau penyerahan hak bagi manfaat pemiutang anda, atau seorang penerima atau pentadbir dilantik untuk aset anda, atau sekiranya anda suatu perbadanan, membuat pembubaran sukarela atau pembubaran wajib, atau berhenti menjalankan perniagaan;
j. diarahkan oleh pihak berkuasa kawal selia atau pihak berkuasa kerajaan;
k. melakukan Transaksi boleh melanggar mana-mana Undang-undang yang terpakai;
l. nama anda tersenarai di dalam mana-mana senarai amatan kawal selia (termasuk tetapi tidak terhad kepada senarai yang berkaitan dengan keganasan dan pembiayaan keganasan di bawah AMLA);
m. Akuan Dompet Digital anda ialah Akaun Dorman. Kami boleh menghantar notis kepada anda melalui e-mel atau mana-mana saluran lain yang kami anggap sesuai sebelum Akaun Dompet Digital anda ditamatkan; atau
n. Borang Permohonan anda dipalsukan atau anda menggunakan data palsu atau dokumen palsu di dalam Borang Permohonan anda.
17.4. Kami boleh mengaktifkan semula Perkhidmatan GoPayz anda yang digantung mengikut budi bicara mutlak kami sekiranya anda membuat permintaan untuk pengaktifan semula berdasarkan terma-terma yang kami boleh tentukan.
17.5. Setelah penamatan Perjanjian ini:
a. anda akan kekal bertanggungjawab untuk semua Transaksi yang dibuat melalui penggunaan Perkhidmatan GoPayz sebelum tarikh penamatan dan anda hendaklah membayar semua Fi yang belum dibayar sehingga tarikh penamatan dan apa-apa caj yang lain, seperti yang dimaklumkan oleh kami;
b. tidak akan ada bayaran balik apa-apa Fi yang telah dipotong daripada Akaun Dompet Digital anda;
c. kami boleh membayar balik apa-apa Baki Akaun Dompet kepada bank yang anda namakan selepas memotong apa-apa Fi Pengendalian Bayaran Balik dan amaun lain yang terhutang kepada kami; dan
d. anda hendaklah memulangkan mana-mana Kad fizikal kepada kami.
17.6.
a. Untuk mendapatkan apa-apa bayaran balik daripada Baki Akaun Dompet anda, anda hendaklah memberi kami butiran akaun bank anda yang betul dan apa-apa maklumat lain yang kami kehendaki untuk membolehkan bayaran balik wang anda dibuat dalam masa empat belas (14) Hari Bekerja bermula dari hari kami menerima maklumat yang dikehendaki. Semua caj bank yang dikenakan oleh bank anda akan ditanggung oleh anda.
b. Semua bayaran balik akan dibuat dalam Ringgit Malaysia melainkan anda menghendaki bayaran balik dibuat kepada suatu akaun bank luar negara dalam mata wang asing. Kadar tukaran yang digunakan untuk pertukaran akan berdasarkan kadar tukaran semasa bank kiriman kami.
17.7. Penamatan Perjanjian ini adalah tanpa prejudis terhadap mana-mana hak atau tuntutan sedia ada kami terhadap anda.
17.8. Klausa yang sifatnya akan kekal walaupun dengan penamatan Perjanjian ini akan terus kekal termasuk tetapi tidak terhad kepada, Klausa 16, 17, 18, 19, 21 and 22 yang akan terpakai walaupun selepas penamatan Perjanjian ini.
18. PINDAAN
18.1. Dari semasa ke semasa, kami boleh mengubah, menambah, memadam atau meminda mana-mana daripada Terma dan Syarat ini termasuk Fi dengan memberikan notis dua puluh satu (21) hari kepada anda.
18.2. Pindaan tersebut akan berkuatkuasa dan mengikat anda bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam notis yang boleh diberi kepada anda mengikut Klausa 19 di bawah. Anda akan dianggap telah menerima dan bersetuju dengan pindaan tersebut sekiranya anda terus menggunakan Perkhidmatan GoPayz selepas tarikh pindaan tersebut berkuatkuasa.
19. NOTIS
19.1. Notis atau komunikasi lain daripada kami kepada anda di bawah Perjanjian ini akan dianggap telah diberikan sekiranya dihantar menggunakan butiran hubungan dalam rekod kami atau yang diterbitkan dalam suratkhabar harian kebangsaan dalam bahasa utama yang diedarkan secara umum ke seluruh Malaysia atau yang terdapat di Laman Web GoPayz atau Aplikasi GoPayz dan dianggap telah diserahkan setelah dihantar melalui pos, faks, serahan tangan, atau penerbitan.
19.2. Penyerahan proses undang-undang ke atas anda boleh dilaksanakan dengan menggunakan pos berdaftar kepada alamat terkini anda (sekiranya anda seorang individu) atau kepada alamat berdaftar anda (sekiranya anda badan korporat atau entiti perniagaan).
19.3. Semua notis kepada kami hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar melalui mel kepada alamat berikut:
U Mobile Services Sdn Bhd
Lot 11.01, Level 11, East, Berjaya Times Square
No. 1, Jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur
Malaysia
19.4. Sekiranya anda gagal memaklumkan kepada kami tentang perubahan alamat anda, kelewatan atau kegagalan penghantaran notis atau bil atau komunikasi lain oleh kami kepada anda tidak akan menjejaskan hak dan remedi undang-undang kami.
20. HAL-HAL DI LUAR KAWALAN KAMI
Kami tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa ketidakmampuan untuk menggunakan atau mengakses Perkhidmatan GoPayz, gangguan, gendala atau kegagalan atau kelewatan Perkhidmatan GoPayz disebabkan oleh hal-hal di luar kawalan kami atau rakan kongsi, ejen atau kontraktor kami termasuk tetapi tidak terhad kepada kerosakan atau kegagalan elektrikal, elektronik, mekanikal, sistem, pemprosesan data, penghantaran atau telekomunikasi, bencana alam dan kekacauan awam.
21. URUTAN KEUTAMAAN
21.1. Perjanjian ini meliputi seluruh perjanjian antara anda dan kami dan menggantikan semua perjanjian, pengakuan, rundingan dan perbincangan terdahulu antara anda dan kami.
21.2. Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan antara terma dan syarat Perjanjian ini dengan dokumen atau terma lain yang dimasukkan ke dalam Perjanjian ini, percanggahan tersebut hendaklah diselesaikan mengikut urutan seperti berikut:
a. terma dan syarat Perjanjian Perkhidmatan GoPayz ini;
b. Borang Permohonan;
c. Notis Privasi;
d. Lembaran Pendedahan Produk;
e. Aplikasi GoPayz dan Terma Penggunaan Web; dan
f. terma dan syarat produk khusus yang disediakan melalui GoPayz termasuk apa-apa terma yang dinyatakan dalam lampiran berasingan yang secara nyata dimasukkan ke dalam Perjanjian ini.
22. MANFAAT, PERKHIDMATAN ATAU PROGRAM TAMBAHAN
22.1. Kami boleh menyediakan manfaat, perkhidmatan atau program tambahan, ataupun Ganjaran sehubungan dengan penggunaan Perkhidmatan GoPayz atau sebagai satu program berasingan yang menghendaki anda mendaftar secara berasingan. Sekiranya anda menyambung penggunaan Perkhidmatan GoPayz, anda dianggap telah bersetuju dengan mana-mana terma dan syarat tambahan yang terpakai kepada perkhidmatan, manfaat atau program tambahan tersebut. Kami secara nyata berhak untuk menarik balik apa-apa perkhidmatan, Ganjaran, manfaat atau program tambahan pada bila-bila masa tanpa memberikan sebab untuk penarikbalikan tersebut dan tidak akan bertanggungjawab untuk kerugian dan kerosakan yang anda alami.
22.2. Apabila perkhidmatan, manfaat atau program tambahan tersebut melibatkan pihak ketiga, anda hendaklah mematuhi semua syarat yang dikenakan oleh pihak ketiga tersebut dan mengakui bahawa kami boleh mengambil apa-apa tindakan seperti yang dikehendaki oleh pihak ketiga tersebut untuk melindungi kepentingan mereka.
23. PELBAGAI
23.1. Sekiranya mana-mana terma Perjanjian ini tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan menurut undang-undang, terma-terma lain tidak akan terjejas.
23.2. Perjanjian ini ditadbir oleh undang-undang dan mahkamah di Malaysia. Apa-apa proses atau penghakiman boleh diserahkan dengan cara yang sama dengan serahan notis.
23.3. Perjanjian ini hendaklah mengikat wasi-wasi anda, wakil-wakil peribadi anda, wakil undang-undang atau pengganti hakmilik anda.
23.4. Sekiranya kami lewat atau tidak mengambil tindakan untuk menguatkuasakan hak kami di bawah Perjanjian ini, ia tidak menghalang kami daripada mengambil tindakan kemudian.
23.5. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi dalam bahasa yang lain, versi Bahasa Inggeris akan terpakai.
Versi: 9 Oktober 2023
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}