Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Untuk membuat bayaran zakat melalui GoPayz, anda hanya perlu klik:
i) Perkhidmatan > Islamik > Zakat > Zakat PulauPinang, kemudian
ii) Masukkan butiran-butiran yang diperlukan, seterusnya anda akan dipindahkan ke pautan
iii) Lafaz Niat Bayar Zakat dan klik
iv) Terus Bayaran. Anda akan diminta untuk
v) Pilih Mod Bayaran untuk meneruskan transaksi berkenaan.
Antara pilihan Mod Bayaran yang disediakan dalam GoPayz termasuklah melalui e-Dompet GoPayz, Perbankan Atas Talian (FPX) dan lain-lain kad debit bank.
Pembayaran zakat fitrah bagi pihak ZPP hanya dibuka pada bulan Ramadan di dalam perkhidmatan GoPayz.
Anda boleh menggunakan kemudahan kalkulator zakat mengikut jenis-jenis zakat secara atas talian yang disediakan oleh Zakat Pulau Pinang di laman sesawang mereka https://zakatpenang.com/zpp/index.php/component/content/article/87-kutipan/155-kalkulator-zakat
Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang jenis-jenis zakat dan tuntutan yang dikenakan kepada anda dengan lawati laman sesawang Zakat Pulau Pinang di alamat https://zakatpenang.com/zpp/index.php/2013-06-30-10-54-31/jenis-zakat/
Untuk sebarang tuntutan atau aduan bolehlah dimaklumkan kepada pihak Zakat Pulau Pinang melalui emel: admin@zakatpenang.com atau menelefon: +1 300 88 8808.
Untuk notis segera, anda boleh melakukan semakan transaksi yang dilakukan di “Recent Transaction” / “Transaksi Terkini” di dalam perkhidmatan GoPayz dan muat turun penyata tersebut untuk simpanan anda. Anda juga boleh lakukan semakan penyata di akaun Zakat Pulau Pinang selepas 3 hari bekerja setelah pembayaran dibuat.
Anda boleh melakukan semakan penyata di akaun Zakat Pulau Pinang selepas 3 hari bekerja setelah transaksi pembayaran dibuat.
Anda boleh cetak penyata dari akaun Zakat Pulau Pinang yang akan dipaparkan selepas 3 hari bekerja setelah anda membuat bayaran zakat melalui GoPayz. Penyata tersebut sah sebagai dokumen rasmi untuk bukti bayaran zakat anda dan boleh digunakan untuk apa-apa tujuan rasmi yang berkaitan.
Ya, GoPayz adalah platform e-dompet yang pertama untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat kepada Zakat Pulau Pinang untuk penggunanya. Kerjasama ini adalah yang pertama antara pusat zakat dan platform e-dompet di Malaysia.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}