
Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
Hari terakhir perkhidmatan kami adalah pada 31 Mac 2025, dan kami akan menamatkan operasi secara rasmi pada 1 April 2025.
Akaun dengan baki:Â Anda harus menggunakan atau mengeluarkan baki dengan melengkapkan Borang Permintaan Perkhidmatan atau Penutupan e-dompet sebelum 31 Mac 2025.
Â
Akaun tanpa baki: Akaun e-dompet anda akan ditutup dan ditamatkan secara automatik selepas 31 Mac 2025.
Â
Untuk sebarang langganan aktif atau pembayaran berulang yang dikaitkan dengan Kad Prabayar GoPayz anda: Kemas kini kaedah pembayaran anda kepada kad bank lain jika Kad Prabayar GoPayz anda digunakan untuk sebarang langganan aktif atau pembayaran berulang.
Ya, anda boleh mengakses aplikasi GoPayz dan menggunakan baki e-dompet anda untuk transaksi sehingga jam 11.59 malam, 31 Mac 2025. Berikut adalah cara anda boleh menggunakan baki anda sebelum 31 Mac 2025:
Â
Tidak. Kad Prabayar GoPayz fizikal anda akan terbatal secara automatik selepas penutupan akaun e-dompet.
Tarikh akhir untuk menggunakan dan mengeluarkan baki e-dompet anda adalah pada 31 Mac 2025.
Anda boleh mengeluarkan baki e-dompet ke akaun bank anda melalui permintaan dalam aplikasi GoPayz. Ikuti langkah berikut:
Â
Langkah 1: Buka aplikasi GoPayz, klik menu sisi di penjuru kiri atas, pilih 'Dompet,' dan pilih 'Pindah Wang ke Bank.'
Â
Langkah 2: Masukkan jumlah baki penuh yang sedia ada untuk dipindahkan ke akaun bank peribadi anda.
Â
Langkah 3: Lengkapkan borang digital dengan butiran bank anda dan hantar permintaan melalui aplikasi.
Â
Kami akan membuat pengesahan ke atas dokumen sokongan yang diterima. Baki e-dompet akan dipindahkan ke akaun bank anda dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja, tertakluk kepada pengesahan.
Apabila anda membuat permohonan untuk penutupan akaun e-dompet, baki yang sedia ada akan dikembalikan ke akaun bank anda. Kad prabayar anda akan dibatalkan sebaik sahaja akaun e-dompet ditutup.
Â
Untuk meneruskan penutupan akaun e-dompet anda, sila pilih salah satu daripada kaedah yang berikut berdasarkan keutamaan atau keselesaan anda:
Â
Kaedah 1: Melalui Aplikasi GoPayz | Kaedah 2: Melalui Borang Permintaan Perkhidmatan |
Langkah 1: Buka aplikasi GoPayz, klik pada menu sisi, klik bahagian ‘Perkhidmatan Lain’, dan pilih ‘Permintaan Penutupan Dompet’.   Langkah 2: Seterusnya, lengkapkan borang dalam aplikasi dengan butiran bank peribadi anda. Muat naik salinan kad pengenalan (NRIC) atau pasport anda untuk pengesahan, dan sertakan penyata bank atau buku simpanan (muka surat pertama sahaja) sebagai dokumen sokongan untuk proses pemulangan baki. Kemudian, klik ‘Hantar’.  Nota:
|
Langkah 1: Buka aplikasi GoPayz, klik pada menu sisi, klik bahagian ‘Perkhidmatan Lain’ dan muat turun ‘Borang Permintaan Perkhidmatan’.   Langkah 2: Seterusnya, lengkapkan borang PDF dengan butiran peribadi dan bank anda, sediakan salinan kad pengenalan (NRIC) atau pasport anda untuk pengesahan, sertakan penyata bank atau buku simpanan (muka surat pertama sahaja) sebagai dokumen sokongan untuk proses pemulangan baki.  Langkah 3: Kemudian, hantar borang yang telah lengkap ke alamat emel, customercare@gopayz.com.my   Nota:
|
Pengeluaran baki e-dompet ke akaun bank anda adalah percuma.
Â
Syarat pengeluaran baki e-dompet adalah seperti berikut:
Â
Â
Sama ada anda pengguna ‘Basic Wallet’ atau ‘Premium Wallet’, sila pastikan butiran profil e-dompet anda sepadan dengan maklumat NRIC/Pasport dan akaun bank anda. Sebarang ketidakpadanan akan menyebabkan permintaan anda akan ditolak dan tidak akan diproses.
Jika Pegawai Khidmat Pelanggan kami mengenal pasti ketidakpadanan maklumat, anda akan dimaklumkan untuk mengemas kini butiran anda. Kegagalan memberikan maklumat akaun bank yang sah atau tiada maklum balas sebelum 31 Mac 2025 akan menyebabkan pengeluaran baki anda tidak akan diproses.
Â
Sebarang baki yang tidak dituntut dalam akaun e-dompet anda akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD). Anda boleh menuntut baki tersebut secara terus daripada Pendaftar Wang Tidak Dituntut bermula dari 5 Januari 2026.
Setelah permohonan pengeluaran baki anda diproses, dana akan dipindahkan ke akaun bank anda dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja, tertakluk kepada masa pemprosesan bank pilihan anda.
Tidak, anda tidak boleh memindahkan baki e-dompet anda ke e-dompet lain. Anda hanya boleh memindahkan baki dari e-dompet anda ke akaun bank yang berdaftar dengan bank berlesen di Malaysia melalui kaedah IBG.
Sebarang baki yang tidak dituntut dalam e-dompet anda akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD). Anda boleh menuntut baki tersebut secara terus daripada Pendaftar Wang Tidak Dituntut bermula dari 5 Januari 2026.
Anda boleh memuat turun penyata secara percuma melalui aplikasi GoPayz dengan memilih 'Transaksi' dan 'Muat Turun Penyata'. Sila pastikan anda melakukannya sebelum 31 Mac 2025. Anda hanya boleh memuat turun penyata untuk tempoh 6 bulan yang lepas melalui aplikasi.
Â
Sebagai alternatif, anda boleh meminta penyata dengan menghantar emel ke customercare@gopayz.com.my, dengan caj RM5.00 bagi setiap penyata setiap bulan. Penyata tidak akan dikeluarkan jika baki dalam e-dompet anda tidak mencukupi untuk menampung caj tersebut. Anda hanya boleh memuat turun penyata untuk tempoh 12 bulan yang lepas melalui emel.
Sila tebus GoPointz anda sebelum 31 Mac 2025. GoPointz, baucar ganjaran, dan faedah lain yang tidak ditebus akan terbatal selepas tarikh ini atau selepas penutupan akaun e-dompet anda.
Kami akan menyimpan Data Peribadi anda hanya selama mana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang, peraturan, atau perniagaan yang sah. Kami akan mengambil semua langkah munasabah untuk memastikan sebarang data peribadi yang tidak relevan atau berlebihan dimusnahkan atau dinyahidentifikasi secepat yang mungkin. Sila rujuk Notis Privasi kami untuk maklumat lanjut tentang pemprosesan Data Peribadi anda.
Jika terdapat transaksi atau pembayaran yang tertunda pada tarikh penutupan perkhidmatan GoPayz, ia akan tetap diproses mengikut prosedur standard oleh sistem kami. Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami.
Ya, GoPayz akan menghantar peringatan melalui notifikasi aplikasi atau emel sebelum tarikh penutupan untuk memastikan anda mengambil tindakan yang diperlukan.
Anda boleh menghubungi sokongan Khidmat Pelanggan GoPayz kami melalui:
Â
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}