Insurans Am
Dapatkan perlindungan Kemalangan Diri dan Motor melalui GoPayz sekarang. Harga berpatutan dan tiada dokumen rumit.
i-Mula 50 adalah Program Dana Pek Permulaan Insurans yang dimulakan oleh Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) untuk menggalakkan golongan belia dan keluarga muda untuk membeli insurans hayat. Dana sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan untuk menyokong pembelian pertama perlindungan insurans hayat.
i-Mula 50 menawarkan subsidi sebanyak RM50 untuk setiap polisi yang dibeli. Salah satu produk insurans yang layak untuk mendapatkan subsidi RM50 adalah GoLife 10.
GoLife 10 adalah produk insurans hayat yang ditawarkan dan ditaja jamin oleh Sun Life Malaysia Assurance Berhad, No. Pendaftaran 199001005930 (197499-U) (“SLMA”), syarikat insurans yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh SLMA yang boleh didapati di GoPayz https://www.gopayz.com.my/en/financial/life-insurance/i-mula50-golife-10-campaign. U Mobile Services tidak menjadi wakil atau jaminan mengenai GoLife 10.
Pelanggan yang layak adalah:
Penduduk Tetap Malaysia yang membeli pelan GoLife 10 tidak layak untuk menyertai Program ini.
Setiap pelanggan layak untuk membeli satu pelan GoLife 10 di bawah i-Mula 50 dan menerima subsidi RM50 sekali sahaja yang secara automatik akan memberikan perlindungan insurans GoLife 10 tanpa kos selama tempoh 5 bulan selepas pembelian/pembaharuan GoLife 10 untuk tempoh tiga (3) bulan.
Kempen ini akan bermula pada 23 September 2024 hingga 31 Disember 2024 atau sehingga dana sebanyak RM5 juta telah digunakan sepenuhnya, yang mana dahulu.
Anda perlu mendaftar GoLife 10 menggunakan akaun GoPayz dengan
Maklumat mengenai i-Mula 50 boleh didapati di laman web LIAM di www.liam.org.my. Anda boleh menghubungi LIAM melalui e-mel di liaminfo@liam.org.my atau menghubungi Khidmat Pelanggan Careline SLMA di talian1300-88-5055 dari 8.30 pagi – 5.30 petang, Isnin sehingga Jumaat, atau menghantar e-mel ke wecare@sunlifemalaysia.com.
Premium untuk GoLife 10 anda akan dicaj selepas tempoh perlindungan insurans selama 5 bulan tamat. Premium akan dikenakan pada Akaun GoPayz anda atau kad debit/ kredit yang telah didaftarkan untuk pembayaran bulanan seterusnya. Perlindungan insurans anda akan diteruskan secara bulanan dengan pembayaran berulang kecuali anda telah membatalkan GoLife 10.
Ya, anda boleh membatalkan pelan insurans anda dalam tempoh 15 hari dari tarikh penghantaran e-sijil pertama. Subsidi RM50 akan dibenarkan semula untuk langganan dalam tempoh 7 hari bekerja sekiranya pembatalan pelan insurans tersebut dibuat semasa tempoh semakan percuma (free look).
Anda perlu mengisi borang pencalonan yang boleh dimuat turun dari Laman Web SLMA. Borang penamaan yang lengkap boleh diserahkan secara manual ke ibu pejabat SLMA atau menghantar secara dalam talian melalui laman web SLMA. Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk menghantar borang pencalonan, sila layari https://www.sunlifemalaysia.com/client-care/make-a-service-request/insurance/. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Careline SLMA di talian 1300-88-5055 dari 8.30 pagi – 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat atau atau menghantar e-mel ke wecare@sunlifemalaysia.com.
Borang tuntutan boleh dimuat turun dari Laman Web SLMA. Borang yang telah dilengkapkan berserta dengan dokumen yang diperlukan boleh diserahkan secara manual ke ibu pejabat SLMA atau menghantar secara dalam talian melalui laman web SLMA. Untuk maklumat lanjut mengenai cara-cara untuk membuat tuntutan dan dokumen tambahan yang diperlukan, sila layari https://www.sunlifemalaysia.com/client-care/make-a-claim/online-submission/. Sebagai alternatif, anda juga boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Careline SLMA di talian 1300-88-5055 dari 8.30 pagi – 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat, atau menghantar e-mel ke wecare@sunlifemalaysia.com.
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}
{{deviceBrand}}
{{deviceModel}}